Assalamualaikum... pergh lama sungguh tak buat post..heheh biasalah hujung-hujung tahun cam nie ...aku memang kena kuarantin.sebab banyak urusan nak diselesaikan ... Aku rasa seminggu dua nie ramai orang akan bercakap pasal bola.. yelah dah menang. Tahniah lah kat team Malaysia yang akhirnya berjaya jugak bangkit menjadi antara pasukan yang di geruni di rantau ni. Mana taknya dahlah menang pingat emas kat Sukan SEA tempoh hari... sekarang menang pulak piala AFFF... semakin meletop-letop lah diaorang nie.. hehehee..
Rabu, 29 Disember 2010
Tanah tumpahnya darahku...
Isnin, 6 Disember 2010
Salam Maal Hijrah..
Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata :“Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun”
Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram.Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata :-“Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan”.
Ini lah Doa nya :
Barangsiapa yang membaca doa AKHIR tahun ini, maka syaitan akan berkata: “Hampalah kami di sepanjang tahun ini“.
Doa akhir tahun :
Barangsiapa yang membaca doa awal tahun ini, insya Allah dirinya akan terpelihara daripada gangguan dan godaan syaitan di sepanjang tahun tersebut.
Doa Awal Tahun:
Maksudnya: Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka. Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia. Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.
Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram.Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata :-“Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan”.
Ini lah Doa nya :
Barangsiapa yang membaca doa AKHIR tahun ini, maka syaitan akan berkata: “Hampalah kami di sepanjang tahun ini“.
Doa akhir tahun :
Maksudnya: Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka. Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu. Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka
Doa Awal Tahun:
Maksudnya: Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka. Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia. Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.
Jumaat, 29 Oktober 2010
Ya Allah engkau ampunkanlah dosa semua perempuan yang Aku kenali...
Azab Bagi Wanita
(tlg ingatkan kpd semua kaum perempuan yg anda kenal)
Saudara dan saudari kaum muslimin dan muslimat
Renungan
khususnya untuk para wanita dan diriku sendiri.....
Sayidina Ali ra menceritakan suatu ketika melihat Rasulullah saw menangis manakala ia datang bersama Fatimah. Lalu keduanya bertanya mengapa Rasulullah saw menangis. Beliau menjawab,
"Pada malam aku di-isra'- kan , aku melihat perempuan-perempuan yang sedang disiksa dengan berbagai siksaan. Itulah sebabnya mengapa aku menangis. Karena, menyaksikan mereka yang sangat berat dan mengerikan siksanya.
Putri Rasulullah saw kemudian menanyakan apa yang dilihat ayahandanya. "Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otaknya mendidih.
Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair dituangkan ke dalam tengkoraknya.
Aku lihat perempuan tergantung kedua kakinya dengan terikat tangannya sampai ke ubun-ubunnya, diulurkan ular dan kalajengking.
Dan aku lihat perempuan yang memakan badannya sendiri, di bawahnya dinyalakan api neraka. Serta aku lihat perempuan yang bermuka hitam, memakan tali perutnya sendiri.
Aku lihat perempuan yang telinganya pekak dan matanya buta, dimasukkan ke dalam peti yang dibuat dari api neraka, otaknya keluar dari lubang hidung, badannya berbau busuk karena penyakit sopak dan kusta.
Aku lihat perempuan yang badannya seperti himar, beribu-ribu kesengsaraan dihadapinya. Aku lihat perempuan yang rupanya seperti anjing, sedangkan api masuk melalui mulut dan keluar dari duburnya sementara malikat memukulnya dengan pentung dari api neraka,"kata Nabi saw.
Fatimah Az-Zahra kemudian menanyakan mengapa merekadisiksa seperti itu?
*Rasulullah menjawab, "Wahai putriku, adapun mereka yang tergantung rambutnya hingga otaknya mendidih adalah wanita yang tidak menutup rambutnya sehingga terlihat oleh laki-laki yang bukan muhrimnya.
*Perempuan yang digantung susunya adalah istri yang 'mengotori' tempat tidurnya.
*Perempuan yang tergantung kedua kakinya ialah perempuan yang tidak taat kepada suaminya, ia keluar rumah tanpa izin suaminya, dan perempuan yang tidak mau mandi suci dari haid dan nifas.
*Perempuan yang memakan badannya sendiri ialah karena ia berhias untuk lelaki yang bukan muhrimnya dan suka mengumpat orang lain.
*Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka karena ia memperkenalkan dirinya kepada orang yang kepada orang lain bersolek dan berhias supaya kecantikannya dilihat laki-laki yang bukan muhrimnya.
*Perempuan yang diikat kedua kaki dan tangannya ke atas ubun-ubunnya diulurkan ular dan kalajengking padanya karena ia bisa shalat tapi tidak mengamalkannya dan tidak mau mandi junub.
*Perempuan yang kepalanya seperti babi dan badannya seperti himar ialah tukang umpat dan pendusta. Perempuan yang menyerupai anjing ialah perempuan yang suka memfitnah dan membenci suami."Mendengar itu, Sayidina Ali dan Fatimah Az-Zahra pun turut menangis.
Dan inilah peringatan kepada kaum perempuan.
p/s : Ya Allah engkau ampunkanlah dosa semua perempuan yang Aku kenali...Amin.
Rabu, 27 Oktober 2010
Makan jangan sebarang makan...
Assalamualaikum w.b.t... kali nie entry copy & paste dari FB ... hehehee... senangkan zaman IT nie... Maklumat di bawah ini mungkin dapat membantu kita menyelamatkan diri kita dan orang tersayang.... so Aku amik dan sebar-sebarkan je laah...perkara baik.. Ingat!!! makan jangan sebarang makan ...hehehehee...
1. Jika anda makan satay, jangan pula lupa timunnya, sebabnya memakan satay bersama karbon yang terhasil selepas pembakaran akan mendatangkan kesan karsinogen! Apa bendanya karsinogen tu?(Ianya ialah suatu keadaan yang menyebabkan barah). Timun pula adalah anti-karsinogen.
2. Jangan makan udang selepas mengambil pil vitamin C ! Yang mana anda akan mati keracunan Arsenik dalam beberapa jam sahaja.
3. Barah akibat penggunaan bahan dalam Shampoo. Balik rumah dan pergi periksa. Tukarlah ke jenama lain sebelum terlambat, jika kandungan dalam shampoo anda mengandungi Sodium Laureth Sulfate atau ringkasnya SLS. Bahan ini akan menyebabkan barah dalam jangka masa yang panjang dan ini bukannya jenaka. Shampoo yang disahkan mengandungi bahan ini ialah; VO5, Palmolive, Paul Mitchell, L'Oreal, Hemp Shampoo terbaru keluaran body shop, Nature Force dan lain-lain lagi. Shampoo Clairol's Herbal Essence adalah satu-satunya yang mengandungi Sodium Laureth Sulfate secara tunggal. Meskipun pertanyaan telahpun dibuat terhadap syarikat ini dan jawapan dari mereka ialah, "Ya memang kami dah tahu masalah ini tetapi kami tidak boleh melakukan apa-apa kerana kami memerlukan bahan yang boleh mengeluarkan buih yang banyak". Dalam pada itu, Pasta Colgate & Dee Dee (untuk kanak-kanak) turut mengandungi bahan yang sama untuk penghasilan buih.
4. Kepada penggemar makanan jenis mee segera (tak kiralah maggi, koayteow dsb), Pastikan berhenti makan dulu sekurang-kurangnya 3 hari selepas mengambil mee segera sebelum mengambil paket yang seterusnya. Maklumat yang dikongsi bersama dengan seorang doktor. Keluarga saya telah menghentikan pengambilan makanan ini setelah mendapat tahu berkenaan salutan wax ke atas makanan ini. Inilah yang menyebabkan mee segera tidak melekat antara satu sama lain apabila dimasak. Telah dinyatakan terdahulu melalui SEORANG AKTOR dari SBC (sekarang ni dikenali sebagai TCS). Beberapa tahun lalu, yang mana kariernya membuatkan beliau sangat sibuk untuk memasak, jalan mudah mengambil mee segera setiap hari. Kemudiannya beliau disahkan menghidap barah. Barahnya disebabkan wax dalam mee segera. Doktor juga memberitahu yang badan manusia memerlukan 2 hari untuk membersihkan wax dari sistem badan. Seorang lagi mangsa yang serupa ialah Pramugara dari SIA yang mana setelah berpindah dari rumah ibunya ke rumahnya sendiri, Dia tidak memasak tetapi kerap makan mee segera. Dia didapati menghidap barah dan mati selepas itu. Sekarang ini tindakan memakan mee segera bolehlah diistilahkan sebagai 'makan untuk mendapat barah'.
5. Bawang Goreng segera, Seorang kawan melawat ke sebuah perusahaan kecil membuat bawang goreng, dan melihat terdapat banyak straw minuman. Yang bewarna dan tidak bewarna diasingkan. Apa yang mengejutkan ialah straw yang tidak bewarna dicampur bersama gorengan bawang yang bertujuan apabila plastik straw tersebut dipanaskan, ianya melebur lantas menyaluti bawang tersebut. Sebab itulah kalau bawang goreng segera yang dibeli terdedah kepada udara tak akan lembik tapi kalau kita buat sendiri lembik dalam masa yang singkat sahaja. Sebarkanlah maklumat ini kepada orang- orang yang anda sayangi dan pengguna yang masih belum disedarkan lagi.
Kalau tak percaya! boleh hubungi utk pengesahan kepada Penama ni..
Nor Hamizi Md. Amin
Penolong Pendaftar
Unit Perkhidmatan
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia & Pentadbiran
Jabatan Pendaftar, Universiti Sains Malaysia
11800 Minden, Pulau Pinang
Tel: 04-6532694
p/s : heh.. apa lagi sebar-sebarkan lah.....
Selasa, 26 Oktober 2010
Doa untuk anak-anak...
Assalamualaikum... w.b.t hari nie... cerita pendek-pendek jee... tapi mungkin berguna terutama pada Ibu Bapa. Bila dah dapat title AYAH nie... baru aku rasa... macamana susahnya bapak aku dulu nak jaga aku hehehe...Bapak aku dulu GARANGGGG...lambat mandi pun kena belasah ngan tali pinggang. Tu belum kira kalau tak pegi ngaji lagiii....tidur luar le jawabnya. Tapi itu semua sebenarnya adalah untuk mendidik.... supaya anak-anak akan jadi orang berguna. Terima kasih dan syukur pada Allah, sebab dapat ayah yang garang..Sebab garang dia tulah aku jadi orang sekarang nie... hehehee... Selain daripada hukuman, herdikan, pujian dan sebagainya dalam mendidik anak-anak nie... DOA memainkan peranan yang amat penting... kerana, doa ibu bapa nie makbul....sebab tulah orang dulu-dulu kalau nak marah anak dia akan cakap yang baik-baik jee... macam" bertuah punya anak". Lama-lama... memang bertuah lee anak tuuu dengan izin Allah. Jadi kat bawah nie... ada beberapa koleksi doa untuk anak-anak yang boleh ibu bapa amalkan. Mudah-mudahan berjaya....
Koleksi doa untuk anak-anak...
1. Doa memohon Rahmat, surah Ali-Imran, ayat 8-9.
2. Doa mohon zuriat yang baik, surah Ali-Imran (ayat 38).
5. Doa diberi zuriat menyejukkan mata memandang, Surah Al-Furqan (ayat 74).
8. Doa anak rajin sekolah, surah Taha (ayat 1-5).
Koleksi doa untuk anak-anak...
1. Doa memohon Rahmat, surah Ali-Imran, ayat 8-9.
2. Doa mohon zuriat yang baik, surah Ali-Imran (ayat 38).
3. Doa anak supaya kerjakan solat, surah Ibrahim (ayat 40-41).
4. Doa anak agar taat kepada Allah, surah Al-Baqarah (ayat 128).5. Doa diberi zuriat menyejukkan mata memandang, Surah Al-Furqan (ayat 74).
6. Doa anak pandai belajar, surah Al-Anbiya (ayat 79).
7. Doa anak lembut hati, surah Al-Anbiya, (ayat 69) atau Al-Hasyar (ayat 22-24).8. Doa anak rajin sekolah, surah Taha (ayat 1-5).
Ahad, 24 Oktober 2010
Cerita HATI...
Rasulullah S.A.W. juga telah bersabda:
” Bahawasanya di dalam tubuh badan manusia ada seketul daging. Apabila ia baik, baik pulalah seluruh badan, tetapi apabila ia rosak maka rosak pulalah seluruh badan. Ingatlah ia adalah hati. ” (riwayat Bukhari Muslim)
Assalamualaikum.. Hadith di atas menceritakan tentang HATI... jadi, jelaslah hati perlu dijaga, kalau kotor kena bersihkan. Macamana nak membersihkan hati? Haa... baca kat bawah nie...
sembilan langkah membersihkan hati.
1. Dirikan solat dan banyak kan berdoa agar allah membersihkan hati kita.
2. Selawat ke atas Nabi Muhhamad SAW paling kurang 100 kali sehari.
3. Memperbanyakkan solat sunat taubat.
4. Membaca Al-Quran dan menghayati maksud dan terjemahannya.
5. Bermaafan sesama rakan taulan setiap hari
6. Sentiasa membisikkan perkara-pertkara yang positif ke dalam hati.
7. Sentiasa memohon pada Allah agar disucikan hati dan akal fikiran
8. Banyakkan berpuasa sunat
9. Sentiasa mengingatkan mati supaya terhindar dari melakukan maksiat dan kemungkaran.
Sebagai renungan kita bersama... terutamanya bagi aku yang mengharapkan rahmatMu ...
Khamis, 21 Oktober 2010
Mari membaca...
WARKAH DARI SEORANG IBU...
Azli memegang surah Yassin,namun fikirannya melayang ke arah lain,titisan air matanya tidak henti-henti mengalir,semua ini berlaku tanpa di duga,dalam hatinya bekata,”Ibu adik minta maaf bu,ibu bangun la bu…”.Tapi jasad ibunya kaku dan sia-sia sahaja kerana mengalir air mata darah sekalipun,azli tetap tidak mampu membangunkan ibunya…
Tiga puluh tahun lalu,Jamariah dan suaminya telah dikurniakan seorang cahaya mata perempuan.Mereka sangat menyayangi anak mereka yang diberi nama Puteri Adriana.
Mereka menjaga Puteri dengan baik dan begitu manja dengannya,ibarat menatang minyakyang penuh.Biasa le anak sulung memang semua ibubapa akan membuat perkara yang sama.Segala apa sahaja kehendak Puteri pasti akan dituruti,pantang dengar tangisan Puteri pasti ibunya akan melayan karenahnya,pernah satu ketika ,Puteri hilang di shopping komplek,habis kecoh satu komplek gara-gara ibunya mencari Puteri,semua orang yang ada disitu turut mencari Puteri,rupa-rupanya dia asyik melihat permainan di kawasan berdekatan di situ. “Syukur alhmdulillah anak ibu ada sini rupanya”.Kata Jamariah sambil menarik nafas lega.
Empat tahun kemudian,Jamariah dikurniakan cahaya mata yang kedua,kali ini alhamdulillah anak lelaki. “Abang tengokle anak kite ni comel kan?”,muke macam saya,hidung macam saya,mulut macam saya,cume dagunye saja macam abang kn,heheh..sambil bergurau dengan suaminya.Mereka menjaga Azli dengan baik.
Hari silih berganti,Puteri dan Azli sudah bersekolah rendah,beza umur mereka cuma empat tahun sahaja.Setiap kali mereka ke sekolah pasti ayah mereka yang menghantarnya. “Kakak,adik,ni bekal jangan lupa bawak,nanti tetinggal pulak”. “Baik ibu!”,kata puteri,salam bu. “Ala ibu, adik tak nak bawak bekal,adik nak makan kat kantin dengan kawan-kawan,tak bestle nanti kawan-kawan beli adik cume makan dalam bekal je,nak duit bu?”.Yela2,nah ambil 2 ringgit ni,ckup?. “ok”kata,Azli. ”Nah duit kakak”,Eh,tak pela mak,kakak makan bekalan yang ibu bagi ni je ye,tak pe kakak tak kisah pun,lagipun masakkan ibu ni lagi sedap dari makan kat kantin. “okla ibu kami pergi dulu yee”..
Di sekaloh Azli ni nakal cikit,pernah satu hari kakaknye menegur perbuatan Azli,disebabkan kawan sekelas Azli mengadu kepada kakaknya.Kakaknya cume memberi nasihat, “adik tak baik buat macam tu,kenapa adik selalu kacau budak-budak? Kenapa sealalu tak dengar cakap cikgu?” Ibu kan tak pernah ajar cmcni kan. “ala,akak ni cikit-cikit ibu,tahu le ibu lebih sayang akak,apa-apa pun mesti ibu dengar cakap akak,apa yang akak nak semua ibu bagi,Azli ni apa? “Adik janganle cakap macam tu,ibu sayang kita sama je,takde beza pn,cume Adik je yang selalu buat perangai sebab tu ibu selalu marahkan Adik,lagipun ibu bukannya marah benci tapi ibu marah sayang tau.” “sudahlah kak,Adik tahu le nak jaga diri,kak jaga diri kak sudah”.Begitulah sikap Azli pantang ditegur pasti akaknya yang dimarahinya pula.Begitulah sikap kakaknya selalu mengalah kepada adiknya,jika ada kawan-kawan yang mengganggu adikknya,pasti kakaknya akan membela dan memerahi mereka,kalau Azli mahu barang-barang kepunyaan kakaknya,pasti kakaknya akan mengalah dan memeberi kapada Azli,begitu kasih Puteri pada Azli.
“Adik,kakak,dah masuk maghrib ni,cepat masuk,pas tu mandi,solat ye”. Selesai solat,ibu mereka,tidak pernah abaikan tanggungjawabnya untuk mendidik dengan didikan agama,setiap hari ibunya mengajar mengaji dan didikan agama. “Ha,Adik cepat baca,semalam ibu suruh kamu mengulang kan,hari ini ibu nak dengar”. “Alhamdulillahi…ra…ra..” Ala ibu susahle, lalu,pap! Apa nak jadi dengan kamu ni Adik,suruh baca Al-Fatihah pun merangkak2 lagi,kamu nak jadi apa ni? Ibu kan dah selalu ajar,tak tak boleh-boleh lagi,esok ni dah besar mengaji tinggi-tinggi tapi Al-quran tak boleh baca! pas tu solat pun entah ke mana,masa kecik ni le ibu kena lentur kamu elok-elok,nnti dah besar,susah dah nak lentur,masa tu baru nak menyesal,lalu pap! Sekali lagi rotan singgah di badan Azli,Aduh! Sakitle bu,Azli menangis teresak-esak,ibu ni cikit-ckit nak rotan,kak tak selalu pun kena rotan,ibu memang tak adil,selalu lebihkan kak,apa yang kak cakap ibu dengar,apa yang kak minta ibu bagi,Azli ni siapa?” Sambil merungut tak puasa hati. “tengok cikit-cikit melawan cakap ibu ye?” Ibu tak kisah,biar kamu menangis sekarang,jangan dh kena soal dengan Malaikat nanti baru nak menangis menyesal,kak kamu salalu dengar cakap ibu,ibu tak pilih kasih pun,cume kamu ni selalu buat perangai,ibu tak nak anak ibu nanti jadi anak yang derhaka pada Allah dan ibubapa”. “Adik dengar lah nasihat ibu ni,tak guna kita berjaya di dunia sedangkan akhirat kita abaikan,tak guna jugak kalau kita mendapat kemewah tetapi derhaka pada ibubapa,kamu tak takut dosa ke??ibu takut sangat anak-anak ibu jadi macam tu.
Sudah seminggu suami Jamariah tak pulang dari outstation,risau jugak hatinya,tiba-tiba telefon rumah berdering. “Hello,siapa ni?” Abang ni, abang minta maaf ye sebab tak bgitahu abg nak balik hari ni,abang sibuk sangat,ni abang ada atas flight,nak blik rumah,tak sabar sangat nak jumpa sayang dan anak-anak,abang rindu sangat,abang beli banyak hadiah tau untuk sayang dan anak-anak,macamna anak-anak kita,sihat ke? nakal-nakal tak?” Tanya suaminya. “Biasa la bang macam biasa la nakal budak-budak,cuma Azli tu je…lalu,tutt..tutt..tutt..Hello bang?? Hello??.
Tiba-tiba telefon berdering, “Hello?”Jamariah mengangkat telefon, “awak ni isteri Khalid ke?”. “Ye,saya isterinya,kenapa?”. “Harap bersabar ye Puan.flight yang suami Puan naik terhempas masa perjalan ke sini,suami Puan memang tak dapat diselamatkan”.Ya..Allahh..!!Astgahfirullahalazim..!!,ganggang telefon terlepas dari tangan Jamariah,terjelepuk tubuhnya ke lantai,dunia rasa bagaikan hitam dan kelam,a,,banggg…a..banggg..!!huk…huk..huuk.. kenapa abang tinggalkan Jamariah,macamana Jamariah nak teruskan hidup tanpa abang disisi dengan anak-anak kita bang..Jamariah terus menangis,air mata bercucuran tak henti-henti..Jamariah tidak menyangka dalam sekelip mata sahaja suaminya sudah tiak ada lagi,tetapi Jamariah terima dan redha jugak,kerana semua ini adalah takdir dari Allah. “Semoga roh abang ditempatkan di kalangan orang-orang mukmin,betul kata abang,cintakan manusia,manusia akan pergi,tapi cintakan Allah,kekal buat selama-lamanya”. “Jamariah akan jga anak-anak kita baik-baik ye”.maafkan dosa-dosa Jamariah ye”..
Azli kini sudah melanjutkan pelajaran di Universiti luar negara,kakaknya hanya membantu ibunya di rumah untuk menampung perbelanjaan mereka sekeluarga dan perbelanjaan pengajiaan Azli,cukuplah duit peninggalan arwah suaminya dan sebuah warung kecil yang di buka di kampung. “Puteri ,adik kamu ada menelefon?”.tanya ibunya. “Belum lagi la ibu,cuma last hari tu masa dia suruh masukkan duit”.Jawab Puteri.
Genap 5 tahun,Azli tamat pengajian dalam bidang kedoktoran.Kepulangannya sangat dinantikan oleh ibu dan kakaknya,ring.. ring.. “Hello ibu! Azli nak balik hari ni”, “Oh,yeke,anak ibu nak balik ye,nanti ibu masakkan masakan yang sedap-sedap ye..,nanti ibu pergi jemput dengan kakak di stesyen bas ye..”.Balas ibunya..”Eh,tak payah ibu,nanti Ali boleh suruh kawan hantarkan ye”..
Sudah sebulan Azli duduk di rumah,namun masih belum di tawarkan apa-apa tawaran lagi,Azli buntu,puas memikir dan meminta kerja,tapi belum ada rezeki lagi. “Azli,buat sementara waktu ni,kamu kerja apa-apa je ye,yang penting kerja tu halal dan tak melalaikan kita dari mengingati Allah”.Cadang ibunya. “Ish! ibu ni mana boleh,Azli kan keluaran Universiti bidang kedoktoran,mana standard kerja lain kan”. “Ibu bukan apa Azli,ibu tengok kamu sekarang tak nampak pun kamu sentuh tikar sejadah dan tak baca Al-Quran pun,kamu dah tak solat ke Azli?”. “Ala ibu ni,ciki-ckit nak membebel,dari kecik sampai ke besar membebel je kerje nya,bosan le cmni,masa kat Universiti dulu,tak de siapa pun nak mebebel-bebel macamni tau,bosan le kalau macamni,ni yang susah duduk dengan ibu,Azli tahu le jaga diri Azli,dosa pahala Azli yang tanggung,ibu tak tak payah la nak bising-bising,ibu jaga la anak kesayangan ibu tu elok-elok!! “ Begitu tersentap sekali Jamariah mendengar jawapan dari anak lelakinya itu,inikah balasan yang aku terima selama aku membesarkan dia? bagi duit tiap-tiap bulan sehingga berjaya sekarang. “kIbu Azli nak pinjam duit la,nak buka klinik sendiri,susah la macamni,sekurang-kurangnya ada klinik sendiri,boleh jugak beli kereta dan rumah besar”. “Ibu mana ada banyak duit Azli,ni pun cukup untuk perbelanjaan kita sekeluarga je,” Ahh!! Ibu ni suka nak tipu Azli! Ayah kan ada tinggalkan kita tanah,ibu jual la tanah tu duit tu bagi le Azli pinjam,nanti Azli bayar lah blik,bukannya Azli tak bayar!” “Ibu tahu Azli,ibu memang nak sangat tolong tapi duit tu…”Belum sempat Ibunya habis bercakap lalu di tolak ibunya jatuh ke lantai..”Aahhh!!..Azli terus mengherdik dan meninggikan suara sudahlah bu! ibu memang berkira dengan Azli,dengan kakak semua ibu bagi,dengan Azli semua tak boleh,Azli tahu ibu nak bagi semua tu kat kak kan?’ sudahlah pergi berambus lah korang berdua ni,lebih baik aku keluar dari rumah ni,menyusahkan aku je”, Azli jangan pergi nak! ibu sayangkan kau nak,ibu tak nak kehilangan kau nak,kau lah satu-satunya anak lelaki ibu,ibu tak ambil hati pun apa yang kau buat kat ibu,cuma ibu minta sangat kamu jangan tinggalkan ibu nak”.jangan nak..jangan pergi!!..
”Azli jangan buat ibu macam ni,kasihan la kat ibu kita dik! kalau kau benci kak sekali pn janganlah buat ibu mcamni,ibu dah ckup derita tunggu kau,rindukan kau,janganle tinggalkan ibu ,kak tau kak banyak silap,kak minta maaf,kak mengalah”..”Ahh!! sudahlah,kak dengan ibu sama saja..” Azli terus mengambil beg dan keluar dari rumah tanpa menghirauakn rayuan ibunya..”Azli….”
Kini,Azli sudah bergelar seorang doktor pakar di sebuah kota metropolitan,dan Azli juga sudah ada isteri dan kekeyaan sendiri. “Abang,bila kita nak jmpa mak abang?selama kita kahwin,tak pernah mah jumpa mak abang,teringin jugak nak jumpa”, “mah, mak abang kan dah tak de,dahle janganle kita cakap pasal ni lgi ye,nanti kita pergi bercuti di London ye”.
Satu hari,Azli menerima surat dari posmen,alamatnya dari kampungnya,dalam surat tu ada tulis wasiat,Azli tanpa memikir panjang terus bergegas mahu pulang ke kampung,dalam benak hatinya memikirkan mungkin ibunya dah meninggal,mungkin dia ada tinggalkan wasiat untuknya.
Sesampai di rumah,orang ramai berkumpul di halam rumahnya,Tapi Azli sepeti tak kisah apa yang berlaku,lalu dia di sapa oleh jirannya, “Balik jugak kau ye Ali! sabar ye Azli,Ibu kau dah tak de”,Azli hanya terdiam,timbul sedikit serba salah di hatinya. “Nah! ni ada surat ibu kau bagi masa dia sakit dulu,kau baca la isi surat tu”.Azli pun membuka lembaran surat yang di beri oleh ibunya…
….Ke hadapan anakandaku Azli,yang ibu sayangi,yang ibu cintai,diharap surat ini dapat dibaca oleh kamu nak.Untuk pengetahuan Azli,masa kamu di lahirkan,Kamu susah sangat nak dilahirkan,smpai ibu terpaksa bertarung nyawa 12 jam baru dapat lahirkan kamu.Ibu fikir mungkin kamu ni seorang yang istimewa dan bakal menjadi seorang anak yang soleh,hilang segala kesakitan ibu apabila melihat kamu dilahirkan.Masa tu ibu banyak kehilangan darah.Doktor,cakap ibu perlukan darah sebab keadaan ibu kritikal,kalau anak ibu ni ada mesti dah jadi doktor ibu kan??
Kakak kamu nak dermakan darah untuk ibu,tapi doktor cakap tak boleh,sebab dia masih kecil,alhamdulillah,ada orang yang sudi dermakan darah.Bile ayah melihat kamu,ayah terus melaungkan azan ke telinga kamu,mudah-mudahan kamu menjadi seorang anak yang soleh.Ibu sangat gembira dengan kelahiran kamu,hilang sakit ibu melihat kamu,dan ibu bersyukur sangat-sangat pada Allah dikurniakan kamu.
Kamu terus membesar di hadapan ibu,ibu masih ingat lagi,satu hari tu kamu demam panas sangat,ayah kamu tak ada pergi outstasion,masa tu hujan lebat sangat,ibu tinggalkan kamu bersama kakak kamu di rumah,ibu terpaksa meredah hujan lebat,dalam hati ibu,ibu hanya hanya fikirkan pasal anak-anak ibu je,ibu tak sanggup melihat kamu sakit atau menderita,yang penting nyawa anak-anak ibu selamat.Masa perjalanan pulang dari klinik tu,ada sebuah motor terlanggar ibu,lalu ibu tersunggkur dalam longkong,masa tu tak ada sesiapa yang nak tolong ibu,sebab hujan lebat sangat,tapi ibu tak ada apa-apa,cume luka-luka di tangan dan di kepala je,tapi ibu kuatkan diri juga sebab memikirkan kamu berdua di rumah.
Ibu selalu marahkan kamu,bile ibu marah je,kamu selalu kata yang ibu ni pilih kasih dan lebihkan kakak kamu.Sebenarnya ibu bukan macam tu,ibu sayang kedua-duanya.Ibu marah sebab nak didik anak-anak ibu,ibu takut sangat anak-anak ibu ni leka dan tersesat jauh,mana ada seorang ibu yang sanggup melihat anaknya nanti di humban ke neraka di hadapannya,sedangkan kamu baru sakit sikit je ibu dah tak boleh tengok,sebab ibu sayang sangat-sangat anak ibu.Sebab anak ibu adalah harta ibu yang paling berharga dalam dunia ni.Ibu tak nak apa-apa harta dari anak ibu,cume kasih sayang je yang ibu mahukan.Biar lah anak ibu ni tak sehebat mana pun dipandangan orang,yang penting ibu nak anak ibu seorang yang baik dan soleh.
Untuk pengetahuan kamu jugak,kakak kamu selalu mengalah pasal kamu,sebenarnya ibu bukan nak lebihkan kakak kamu,tapi ada satu rahsia yang ibu tak bagitahu pada kamu,ibu takut kamu risau nanti. Sebenarnya,ibu nak selalu bagi perhatian pada kakak kamu sebab kakak kamu menghidapi penyakit paru-paru berlubang, sebab tu ibu tak nak bagi dia susah,dan ibu nak sentiasa gembirakan dia,lagi pun ibu tak risaukan kamu sebab anak ibu ni kuat,kakak tak kuat sangat,doktor cakap,kakak kamu mungkin tak dapat hidup lama bile meninggkat dewasa nanti,tapi ibu terharu sangat melihat ketabahan kakak kamu,biar pun dia sakit macam tu, tapi dia boleh menghadapinya dengan kuat dan menjaga kamu.sebenarnya kakak kamu tak pernah merungut langsung pasal kamu,sebab tu dia sentiasa mengalah pada kamu,sebab kamua adiknya.Tapi ibu tahu kamu selalu tak nak mengalah dengan kakak kan?
Sampai lah kamu dapat tawaran sambung belajar ke luar negara.Sebelum tu kakak kamu pun memang dapat tawaran untuk sambung belajar jugak,tapi bile memikirkan masa depan kamu,kakak korbankan pengajian dia,tak pe lah,sekurang-kurangnye kakak dapat bantu ibu di rumah kan.Masa kamu belajar, ibu selalu suruh kakak masukkan duit dalam bank,ibu selalu tanya kakak samaada kamu ada telefon ke tidak,Ibu tahu kadang-kadang kakak saja nak jaga hati ibu dan tak nak bagi ibu risau,kakak cakap kamu ada telefon,tapi tak pe,ibu faham kamu sibuk belajar kan…Ibu tak nak pelajaran anak ibu terganggu..
Saat yang di nanti oleh ibu dan kakak tibe,berita tentang kepulangan kamu memang sentiasa di nantikan,perasaan rindu ibu ni Allah sahaja yang tahu,ibu lah orang pertama yang paling gembira.Macam-macam ibu masakan untuk kamu nak,ibu masih ingat lagi,masa kecik-kecik dulu kamu suke sangat makan sup ayam dengan ikan keli masak lemak,berebut-rebut kamu dengan kakak nak ibu suapkan,yela orang cakap air tangan ibu ni manis..Tapi bile kamu dah balik,kamu jamah cikit je makanan kegemaran kamu,ibu fikir mungkin kamu tak biasa lagi nak makan makanan kampung kan,ibu tersenyum je..
Sampailah satu masa,kamu tiba-tiba je marahkan ibu dan kakak pada malam tu,mungkin kamu masih ingat kan,Azli nak minta duit dari ibu,tapi belum sempat ibu habis ckap Azli mengamuk kan.Sebenarnya memang ibu nak jual tanah ayah kamu,tapi duit tu ibu nak gunakan untuk pembedahan kakak kamu,kosnya agak tinggi sikit,ibu bukan tak nak bagi,tapi ibu kesiankan kat kakak,tapi kakak lagsung tak tahu yang ibu nak guna kan duit tu untuk pembedahannnya.
Semenjak Azli keluar dari rumah ibu langsung tak dapat khabar dari kamu,Azli merajuk dengan ibu ye? Ibu tahu,tapi ibu tak ambil hati pun,sebab ibu sayang anak ibu.Sampailah satu hari tu,kakak tiba-tiba sakit tenat,ibu cepat-cepat nak hnatar kakak pergi hospital,tapi kakak cakap tak payah,kakak ckap kita tak ada duit,msa tu baru ibu cerita yang duit tanah tu untuk pembedahan kakak.Kakak terdiam,kakak cakap.”tak pe lah ibu,kakak rasa kakak dah tak tahan lagi,kakak nak bagi je semua duit tu pada adik,sebab adik adalah harta kakak,kakak halalkan segala-galanya dan kakak maafkan segala silap dan salah adik,kakak minta maaf banyak-banyak ye ibu,halalkan susu ibu dan segalanya,doakan kakak ye ibu,semoga kakak dapat berjumpa ibu nanti”.Itulah kata-kata terakhir dari kakak…
Masa tu ibu sedih sangat,kakak dah tinggalkan ibu,ibu hidup keseorangan,masa kakak ada dulu dia selalu bantu ibu,sedikit pun tak pernah bantah,kakak memang seorang anak yang baik.,tanpa ibu sedari air mata ibu menitis semasa menulis surat ini..Ibu hanya ada kamu je,ibu selalu tunggu di pintu,kadang-kadang diseberang jalan,tapi adik tak balik-balik jugak..ibu rindu sangat kat adik!
Di suatu petang tu,tiba-tiba badan panas sangat,ibu dah tak dapat lagi nak tnggu azli macam biasa,ibu hanya berserah dan berdoa kepada Allah je,Ibu selalu doakan kesihatan dan kebahgiaan Azli,rupanya Allah sayangkn Azli,dia berikan segala-galanya..dan ibu berdoa supaya suatu hari nanti Azli dapat pulang sini..
Akhir sekali dari ibu,ibu dah wasiatkan segala-galanya pada mu nak,ibu tak ambil sedikit pun,begitu jugak kakak,semuanya untuk adik ,dan hadiah yang paling istimewa yang ibu nak bagi,dan tiada ternilai dengan harta dunia adalah.. keredhaan dan keampuanan dari seorang ibu,Azli dah banyak buat silap pada ibu dan adik belum sempat meminta ampun dari ibu,tapi ibu dah bagi hadiah ni pada adik,ingat adik, “Syurga tu di bawah tapak kaki ibu”.Itulah harga yang tak ternilai yang ibu nak bagi..Ibu dah halalkan susu ibu,penat lelah ibu pada Azli,Azli didiklah anak Azli baik-baik ye nanti,dan wasiat ibu yang terkahir,ibu tak nak minta apa-apa,cuma ibu nak Azli sentiasa hadiahkan bacaan Al-Quran dan sentiasa mendoakan untuk ibu ye,itu lah hadiah yang ibu nak minta dari Azli…Mudah-mudahan selepas ini Azli akan berubah dan menjadi seorang yang soleh…
Sekian dari ibumu yang
Mengasihi dan merindui kamu
Azli terjelepuk jatuh ke tanah,air matanya begitu deras mengalir,dunia ini kelam ibarat sudah tidak berharga lagi baginya,dia begitu menyesal,dia meraung seperti kanak-kanak.. ”ibuuuuu…….ibuu……ibuuuuu……kakak….”maafkan adik,adik menyesal bu….”tapi nasi sudah menjadi bubur,segala memori dulu bermain di fikirannya,hanya linangan air mata yang bercucuran .Yang mampu hanya mendoakan dan mensedekahkan bacaan Al-Quran buat ibunya…..
sekian,wassalam...
Oleh: Pena Islam - www.mohdsalimiahmad.blogspot.com
P/S : Ambil pengajaran...hargai ibu anda sementara masih ada masa....
Rabu, 20 Oktober 2010
Semakin Hampir...
Hehehe.... saja je buat gempak sikit, biasalah hujung-hujung tahun macam nie, memang agak tertekan sikit terutama kepada yang bergelar pelajar... tak kiralah apa jenis peperiksaan sekalipun... semuanya perlukan perhatian yang lebih dari biasa. Bagi yang ambil PMR ... dah releks lah sekarang nie... dah lepas. Bagi yang ambik SPM dan STPM ... dah tak lama lagi ... SEMAKIN HAMPIR... Camtuuu jugak yang kat IPT... hehehe Aku baru jee lepas exam sabtu lepas periksa PTK (baca lain , keluar lain) . Jadi yang nak ambik periksa tuu.. cuba amalkan tips kat bawah nie... manalah tau boleh membantu...
1. Semak jadual Menyemak jadual peperiksaan penting bagi menentukan masa cukup untuk belajar, khususnya pada saat-saat akhir ini. Latihan mesti diteruskan mengikut kertas peperiksaan yang akhir diduduki terlebih dulu. Ini kerana apabila tiba hari peperiksaan, calon akan belajar subjek yang akan diuji pada hari pertama peperiksaan.Jika melakukan demikian, bermakna anda telah membuat persiapan yang menyeluruh dan tidak ada subjek tertinggal atau tidak dipelajari.
2. Kunci peperiksaan
Apakah kunci kepada peperiksaan? Peperiksaan menuntut calon membuat banyak latihan dan ulang kaji bagi mengingati pelajaran lalu, selain mengelak diri daripada lupa fakta ketika menjawab soalan.Oleh itu, anda jangan jemu untuk terus membuat ulang kaji, terutama menggunakan kertas peperiksaan tahun terdahulu atau soalan seiras. Langkah itu akan membiasakan anda dengan soalan standard, di samping membolehkan ingatan anda kekal dan berpanjangan.
3. Tentukan keutamaan
Belajar pada saat-saat akhir juga perlu mengutamakan mata pelajaran atau kemahiran yang masih belum atau kurang dikuasai. dalam hal ini, jangan sekali-kali belajar subjek yang anda sukai saja, sebaliknya merangkumi semua.Ini kerana setiap peperiksaan akan membabitkan semua subjek dipelajari di sekolah, bukannya berdasarkan minat seseorang calon.
4. Banyak mengingat dan membuat kaitan
Mengingat adalah satu perkara penting yang mesti dilakukan calon dalam menghadapi peperiksaan. Pelbagai cara boleh anda digunakan untuk mengingat, antaranya belajar berulang kali mengenai sesuatu kemahiran.
Apa-apa pun cara digunakan, terpulang kepada anda, asalkan ia dapat membantu mengingat dan membuat kaitan apabila diperlukan.
5. Merancang persiapan peperiksaan
Ada tiga perkara yang mesti diamalkan calon bagi menentukan kejayaan cemerlang dalam peperiksaan.
a. Pertama, sebelum peperiksaan khususnya dalam tempoh beberapa minggu ini, kuat dan tingkatkan usaha serta semangat dengan belajar secara berterusan.Selain di sekolah dan rumah, anda seharusnya mengambil peluang memanfaatkan masa yang ada, tidak kira di mana saja berada dengan membaca nota ringkas yang disediakan sebelum ini. Ini akan membantu anda mengingati semula apa yang telah dipelajari.
Dalam pada itu, kesihatan diri jangan diabaikan. Walaupun bersemangat untuk menduduki peperiksaan, janganlah keterlaluan hingga lupa makan dan minum. Ini kerana keadaan itu boleh menyebabkan anda jatuh sakit.
Tidur hendaklah mencukupi supaya anda sentiasa selesa dan dapat memberi tumpuan terhadap pelajaran sama ada ketika di sekolah mahupun sewaktu belajar sendiri di rumah. Kesihatan tubuh badan yang baik amat perlu, apatah lagi akan menduduki peperiksaan.
Buat seketika, lupakan dulu perkara-perkara lain yang anda minat, sebaliknya manfaat masa yang ada dengan mengulang kaji pelajaran. Ini kerana semua perkara itu boleh dilakukan kemudian berbanding peperiksaan yang kata orang sekali seumur hidup. Jangan lepaskan peluang keemasan itu.
Begitu juga dengan pengambilan makanan, seharusnya ia seimbang. Dalam masa beberapa hari ini juga, anda seharusnya makan makanan yang berzat dan boleh membantu mengembang dan mencergaskan minda anda.
Setelah segala persiapan diri sudah dilakukan, anda perlu pastikan keperluan peperiksaan yang lain tidak dilupakan, antaranya peralatan menulis khususnya pensel 2B, pemadam dan penajam pensel, jika tidak sediakan beberapa batang pensel. Pastikan peralatan ini disediakan lebih awal dan tidak lupa dibawa pada hari peperiksaan.Sebaiknya tidurlah lebih awal pada malam hari peperiksaan. Langkah itu perlu supaya anda berasa segar dan dapat menghadapi kertas peperiksaan dengan tenang tanpa sebarang masalah.
b. Kedua, pada hari peperiksaan. Bangun dan pergi ke sekolah atau dewan peperiksaan lebih awal, bagaimanapun pastikan anda bersarapan terlebih dulu. Jika anda bangun lewat, bukan saja tidak sempat bersarapan, malah akan tergesa-gesa ke sekolah.Ingat, perbuatan tergesa-gesa menjanjikan pelbagai masalah, antaranya membuatkan anda panik lalu tidak dapat menumpukan terhadap peperiksaan.Sebelum itu, jangan lupa bersalaman dengan ibu bapa dan minta mereka mendoakan kita dapat menjawab soalan dengan jayanya.
Ketika berada dalam dewan peperiksaan, anda hendaklah dalam keadaan tenang dan anggaplah peperiksaan itu sebagai perkara biasa. Untuk menenangkan diri jika menggelabah, anda tariklah nafas panjang-panjang. Langkah itu membantu jantung anda mendapat bekalan oksigen yang mencukupi, sekali gus menghilangkan rasa gugup dan bimbang.Apabila menjawab soalan, sekali lagi anda perlu tenang. Setelah diberi kebenaran oleh pengawas peperiksaan, jawablah soalan yang anda fikir mudah dulu. Jangan guna masa terlalu banyak untuk menjawab soalan sukar itu, sebaliknya terus selesaikan soalan lebih mudah. Soalan susah yang ditinggalkan sementara itu jangan diabaikan, tetapi dibuat kemudian.
Jika menjawab soalan objektif, ketelitian amat perlu. Menentukan pilihan jawapan yang tepat amat penting. Pastikan jawapan yang kita pilih dalam kertas soalan sama dengan huruf pada kertas jawapan. Seandainya tersalah tanda, padamkan betul-betul sehingga hilang tanda hitam pensel
Walaupun sudah yakin jawapan yang diberi, baik bagi soalan objektif mahupun subjektif, semakan sebelum kertas jawapan diserah kepada pengawas peperiksaan adalah perlu dalam memastikan semuanya betul dan sudah dijawab. Oleh itu, peruntukkan sedikit masa untuk tujuan semakan terakhir.
Pembahagian masa yang betul amat perlu ketika menjawab soalan. Gunakan masa yang diperuntukkan dengan berkesan. Jangan sekali-kali alpa atau khayal sewaktu menjawab kerana langkah itu akan merugikan anda.
c. Ketiga, selepas peperiksaan. Setelah menduduki sesuatu kertas peperiksaan, anda tidak digalakkan berbincang dulu dengan rakan atau sesiapa mengenainya. Ini perlu bagi mengelakkan perasaan kecewa jika didapati jawapan anda terpesong atau salah.Jika ini berlaku, anda mungkin hilang semangat atau fikiran terganggu ketika menjawab kertas soalan berikutnya. Sebaiknya, bincang kertas soalan itu setelah peperiksaan berakhir.Langkah terbaik, beri tumpuan penuh untuk menjawab soalan, bukannya menyemak jawapan.
6. Elakkan terbabit dengan situasi yang boleh mengganggu perasaan
Menjelang peperiksaan, pelbagai dugaan mungkin dihadapi. Oleh itu, anda seharusnya sentiasa bersedia menghadapi apa saja dugaan yang boleh mengganggu perasaan. Selepas menunaikan solat lima waktu, berdoalah supaya Allah SWT tenangkan perasaan dan dapat fokuskan tumpuan terhadap peperiksaan.
7. Berdoa dan bertawakal
Sering kali kita was-was ataupun tidak yakin dengan apa yang dilakukan. Dalam hal peperiksaan, anda tidak seharusnya kurang yakin dengan kemampuan diri jika sudah membuat persiapan rapi sejak awal lagi. Sepatutnya kita berdoa dan tawakal kepada Allah SWT kerana usaha itu adalah senjata terakhir bukan saja untuk membina keyakinan diri, malah mencapai kejayaan.
Sumber : BERITA HARIAN.
Jadi... sekarang nie macamana? dah ready ke belum......
Sabtu, 16 Oktober 2010
Yassin dan fadilatnya...
Assalamualaikum w.b.k...tadi jalan-jalan kat FB jumpa pasal kelebihan meembaca dan mengamalkan bacaan surah Yassin... bagi kita orang Melayu memang sinonim dengan surah Yassin nie.. boleh dikatakan setiap malam Jumaat, Kita akan membaca Yassin, tak kira kat rumah mahupun disurau dan masjid-masjid...Kalau di sekolah setiap pagi jumaat akan diadakan program bacaan Yassin... Jadi sudah tentu surah Yassin mempunyai banyak fadhilatnya... Antarnya.... ialah :
RASULULLAH s.a.w telah bersabda yang bermaksud:
"Bacalah surah Yassin kerana ia mengandungi keberkatan", iaitu:
1. Apabila orang lapar membaca surah Yaasin, ia boleh menjadi kenyang.
2. Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.
3. Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.
4. Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.
5. Jika terpenjara akan dibebaskan.
6. Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.
7. Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.
8. Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan siksanya.
9. Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.
10. Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada penyakitnya.
11. Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati al-Quran itu ialah Yassin. Sesiapa membaca surah Yassin,nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca al-Quran sebanyak 10 kali.
12. Sabda Rasulullah s.a.w lagi, "Apabila datang ajal orang yang suka membaca surah Yassin pada setiap hari, turunlah beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat Maut. Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya".
13. Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Yaasin sehingga datang Malaikat Redwan dari syurga membawa minuman untuknya. Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil.
14. Rasulullah s.a.w bersabda selanjutnya: "Sesiapa bersembahyang sunat dua rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama surah Yaasin dan rakaat kedua Tabaroka. Allah jadikan setiap huruf cahaya di hadapannya pada hari kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya di tangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya tetapi sesiapa yang meragui keterangan ini, dia adalah orang-orang yang munafik.
Rumusannya bacaan Yassin nie dapat memudahkan segala urusan dengan izin Allah...Jadi... amalkanlah bacaan Yassin ...Nak lagi best ... jadikan amalan membaca Yassin sebagai program mingguan di rumah, baca bersama anak-anak, suami dan isteri... selain mendapat keberkatan dapat juga megukuhkan ikatan kasih sayang dalam keluarga ( dah macam kaunselor pulak aku nie... heheheee). OK... itu jelah untuk stkat nie...Chow cincau...

I am back....hehehe....
Assalamualaikum.... kepada semua pembaca.. pertama kalinya Aku nak minta maaf kerana dah tersangat-sangat lah lamanya tak menulis.Kedua ... aku terharu jugak walaupun takde apa-apa post ... tapi tetap ada yang sudi menyingah kat laman aku nie... Terima kasih bebanyak pada semua... Isk..isk..isk....
Walau apapun selama aku tak menulis nie... banyak yang berlaku di sekeliling aku, sama ada secara aku sedari ataupun tidak. Daripada kes pembunuhan Allahyarhamah Dato Susilawati yang menggemparkan hinggalah kepada kemalangan ngeri 101010 sampailah ke Budget 11 semalam ... huh! kalau nak diulas balik semua isu nie mau 2 hari 3 malam tak habis lagi...hehehe...Itu yang aku sedar lah ... tapi yang aku tak sedar ... baru aku perasan.. rupa-rupanya kita nie dah nak penghujung tahun dah... bebudak skolah yang tingkatan 3 pun dah habis PMR... yang tingkatan 5 pulak berhempas pulas nak meghadap peperiksaan yang kat IPT dah tentu "seriau" bila tiba masa-masa macam nie...heheh... Yang nak ke Mekah menunaikan Haji pun dah ada yang sampai kat Makkah ... hehehe.. cepatnya masa berjalan ....Pada pendapat aku ... inilah masanya untuk kita muhasabah diri ... tengok semula apa yang kita dah buat lebih kurang 10 bulan yang lepas... AZAM yang kita buat awal tahun dulu dah tercapai 100% ke? Macamana pulak dengan janji-janji, harapan dan impian kita...Humph... rasanya masih belum terlewat... masih ada 2 bulan untuk merealisasikan semuanya...tapi... walauapapun kini AKU kembali...
Selasa, 31 Ogos 2010
Wali - Taubat Maksiat (tomat)
Emph.. sebenarnya dah lama aku nak naik kan lagu nie kat blog,sekarang baru berkesempatan. aku suka lagu nie... sebab unsur dakwah yang terdapat pada lirik dia. lagipun melodi nya yang selamba.. mudah untuk didekati.. terutama oleh golongan muda remaja. First time aku dengar lagu ni pun dari anak murid aku... masa tuu kat kelas aku bawak laptop nak mengajar.. dah habis ngajar bagi ganjaran kat bebudak.. lagu apa diaorrang nak dengar, diorang kata lagu TOMAT. Aku tanya lagi... lagu apa ? lagu TOMAT.. pastu diorang suruh pegi kat You tube..cari lagu tuuu... laa ini lagunya...best jugak.
Silalah dengar.. kot-kot boleh hilang ngantuk. Ambil pengajarannya sekali. Sebagai peringatan buat aku dan kita semua...
Ingat orang tersayang...
Assalamualaikum... hari nie dah masuk 22 hari kita berpuasa. Tak lama lagi dah nak raya. Boleh katakan kita semua mula sibuk dengan persiapan hari raya.Shoping raya, kemas rumah, buat kuih raya dan banyak lagilah yang berkaitan dengan raya.Jangan lupa pada yang nak balik kampung. jalan jauh lebih dua marhalah... kereta dah servis ke belum ?Kalu belum baik cepat-cepat pegi servis. Biasalah kalau tunggu hujung-hujung orang ramai.. silap-silap tak berservis kereta. Bahaya tuuu.
Bila nak balik kampung time raya nie... perasaan aku mesti ada sikit cuak.. Iyalah masa nie kenderaan kat atas jalan berganda-ganda banyaknya dari hari biasa. Tempat yang jarang trafic jam pun boleh jam wooo..Pastu eksiden pulak meningkat....boleh katakan hari-hari ada je yang maut kat atas jalan . Tu yang buat aku jadi ngeri jee nak drive jauh-jauh..
Pada akulah antara punca utama berlakunya eksiden nie... ialah sikap pemandu tu sendiri. Sikap yang macam mana? sikap yang pentingkan diri sendiri, tak ingat orang lain, terburu-buru, cuai dan berlagak (eksyen lah tuuu)dijalan raya. Nak kata yang bawak laju jadi punca 100% tak boleh jugak. Banyak kes berpunca daripada yang bawak slow kat main road sebab orang nak overtake dia , pastu tak lepas ...dah eksiden. Nasihat aku pada yang nak bersiar-siar, drive slow-slow tuuu... agak-agak lah...sebab ramai lagi orang kat belakang tuu... yang kampung dia masih jauh... kalau slow sangat bila nak sampai.. letih tauuu. Bagi yang drive laju-laju tu pun agak-agaklah jangan laju sangat,... ikut peraturan dan had laju ditetapkan. Tak kemana kampung tuuu...kat situ jugak, yang nak dikejar sangat tuuu buat apa??? Nasihat aku pada diri sendiri dan orang lain jugak... agak-agaklah... INGAT ORANG TERSAYANG.....

Isnin, 30 Ogos 2010
Cerita 10 malam terakhir...
Assalamualaikum.. Apa khabar? harapan saya, agar kita semua berada dalam keadaan sihat sejahtera dan di berkati Allah. Bila sebut jee 10 malam terakhir... terbayang kat minda kita tentang satu malam yang dirahmati Allah, malam yang lebih baik dari 1000 bulan .. ( pergh, lebih kurang 80 tahun tuu) itulah malam Lailatul qadar. Teringat masa sekolah agama kecik-kecik dulu... Ustaz ada cerita.. lailatulqadar nie diberi kepada umat Nabi Muhammad S.A.W jee... sebab umur umatnya pendek dan singkat , kira-kira 60-70 tahun, kalau (lebih tuu kira dapat bonus lah tuhan bagi...) tak macam umat nabi-nabi yang lain, umur panjang sampai bratus-ratus tahun. Jadi, pada sesiapa yang dapat malam Lailutulqadar ni beruntung lah... bayangkan kalau setiap tahun kita dapat, katalah... dah lima tahun ... pergh!!! dah kira 400 tahun... lebih kurang sama umur kaum Nabi Noh dah tuu...
Dalam hadis Rasulullah s.a.w. menyebut
Maksudnya: "Rasulullah bersungguh-sungguh beribadah pada 10 akhir bulan Ramadhan lebih daripada yang lainnya" . Rasulullah s.a.w. melakukan ibadah pada malam itu bukan hanya setakat baginda sahaja tetapi baginda menyuruh ahli keluarga bangun bersama beribadah. Kata Aisyah r.a. yang bermaksud : "Nabi Muhammad s.a.w. apabila masuk 10 akhir bulan Ramadhan baginda mengikat kainnya. Menghidupkan malam dengan beribadah dan membangunkan keluarganya untuk sama-sama beribadah. Mengikat kainnya bermaksud bersungguh-sungguh mengerjakan ibadah."
Kerana mulianya Lailatulqadar, Rasulullah s.a.w. menganjurkan supaya umatnya bersedia menyambut dan menghayati malam yang berkat itu dengan pelbagai jenis amalan dan ibadah yang diterangkan di antaranya hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a.yang maksudnya: "Barangsiapa menghayati malam Lailatulqadar dengan mengerjakan sembahyang dan berbagai jenis ibadat yang lain sedang ia beriman dan mengharapkan rahmat Allah taala nescaya ia diampunkan dosanya yang terdahulu.
Hah... jadi macam mana dengan kita??? dah bersedia nak "mengikat kain " ??? Tapikan kebiasaanya pada malam-malam yang last nilah masjid dengan surau makin lengang, makin sepi. Kita semua sibuk pegi shoping raya. Bazar ramadhan dan pasaraya pulak masa nilah buat sale..hehehe... termasuklah akupun sama daaa.. Tapi walau apapun jangan lupa , kita ada sesuatu untuk dikejar pada bulan ramadhan ni ... MENGEJAR LAILATULLQADAR... mudah-mudahan tahun ini kita semua memperolehinya.... Amin....
Jumaat, 27 Ogos 2010
Alhamdulillah....
Akhirnya... setelah hampir seminggu tak boleh buat entry sebab masalah di bahagian posting kat dashbord ..hari nie dengan tiba-tiba je dia Ok semula... hehehe...so boleh aku menulis semula. Dalam tempoh tersebut, macam-macana cara aku buat, godek sana, godek sini... last-last dia ok sendiri... Alhamdulillah.Harap-harap lepas nie janganlah berlaku lagi, serik dah rasanya....
Rabu, 18 Ogos 2010
Hari ni baca surat je ...
Assalamualaikum. w.b.t ... huh sorrylah dua hari tak dek apa-apa kat blog nie... letih skit...Kali ni.. taknak cerita apa-apa cuma nak ajak nkorang semua baca surat jeee... Aku rasa ramai dah baca surat nie... tapi saja aku keluarkan sempena ramadhan ni.. mungkin akan membawa sesuatu dalam hidup kita ... manalah kita tau kan??? so.. taknak cakap banyak ... silah baca ...
Surat Dari Anak Mak yang Dah Tak Nakal
http://www.iluvislam.com/
oleh: umarzahrawi
oleh: umarzahrawi
Mak…..
Terlalu bosan rasanya duduk membilang hari…..
Dah hampir sepuluh bulan mak pergi,
Rasanya baru semalam mak peluk kiter kan sejuk syahdu masih terasa lagi nih….
Mak tau tak…..
itu lah pertama kali mak peluk anak mak yang nakal ni sejak kiter dewasa…..
dan itu juga terakhir kali nya.
Emmmm…rupanya mak dah tau mak nak pergi jauh…..
nak tinggal kan anak2 mak….. nak tinggal kan dunia fana ni…..
mak macam dah sedia…..
Seminggu sebelum tu…..
mak dah menganyam tikar mengkuang 3 helai…..
Akak kata sampai ke pagi mak anyam tikar tuu….
tanpa rasa mengantuk, tanpa rasa letih…..
kakak pun rasa hairan…..
mak tak penah buat gitu…..
pastu mak pasang radio kecil di sebelah mak…..
tapi mak seolah2 tak sedar bahawa rancangan radio tu siaran siam ……
kengkadang siaran indonesia …
mak terus tekun menganyam…
Rupanya tikar yang telah mak siapkan tu di gunakan untuk mengiringi mak ke kuburan…
Pastu mak sapu sampah sekeliling rumah bersih2….
pastu mak jemur karpet-karpet. ..
pastu mak ubahkan sofa ke tempat lain..
mak biarkan ruang tu kosong..
rupanya kat situ jenazah mak diletakkan..
paling menarik sekali mak bgtau kat maner sume duit dan barang kemas mak..
ada kat dalam almari…..
ada kat dalam dalam beg…..
ada dalam ASB…..
ada kat dalam Tabung Haji..
mak cakap tak berapa cukup lagi….
ada kat dalam gulung tikar…..
masa tu mak perasan takk..??
kiter gelak sakan bila mak bgtau duit dalam gulung tikar…
kiter kata mak ni memang pesenn lama laaa…
mak cuma gelak jer…
eeemmm..bahagiaa nya saat ituu..
Mak…..
Hari tu hari sabtu 18/08/1999 pukul 3 petang mak tiba2 sakit perut…..
bila malam tu kiter sampai dari KL…..
mak dah dalam kesakitan.
Akak dan abang kat kampong semua dah pujuk…..
mak tetap takmau pi hospital…. .
dan cuma tinggal giliran kiter sahaja yang belum pujuk..
Mak kata mak takmau duduk dalam hospital…. .
tapi kiter berkeras juga pujukk..
nanti di hospital ada doktor…
ada ubat untuk mak..
kat rumah kami hanya mampu sapu minyak dan urut jer..
Mak tetap tak bersetuju… ..
mak memang degil..
tak salah, anak mak yang ni pon mengikut perangai mak tu..
Tapi akhirnya bila melihat keadaan mak makin teruk….
mak sakit perut sampai nak sentuh perut mak pon sakit
kami adik beradik sepakat hantar juga mak ke hospital…. ..
Mak…..
amponkan kami semua…
kami nak mak sehat…
kami sayang mak…
kami tak mau mak sakit…
kami terpaksa juga hantar mak ke hospital….
ampon kan kami yer mak….
Mak…..
Malam itu abang bawa mak ke hospital
dan itu lah pertama dan terakhir kali mak naik kereta kiter…
Masih terbayang betapa ceria dan gembiranya mak,
kiter kata nak beli kereta….
Mak asyik tanya ajer..
cukup ker duitt..
kiter jawab pula…
kalau tak cukup, mak kan banyak duit…
mak gelak ajerr…..
Lepas tu bila kereta kiter sampai….
mak buat kenduri kesyukuran.. ….
Dan kiter masih ingat lagi…
bila kiter eksiden terlanggar Ah-Chong naik motor…..
Punya la kiter takut…
kiter warning kakak kiter jangan sesekali bgtau kat mak…..
Bila balik sahaja kampong….
kiter cepat-cepat simpan keta dalam garaj…..
Tapi mak perasan juga bumper depan kemek…
mak tanya kenapa…?
Selamba jerr kiter jawab terlangar pokok bunga…..
Mak….
tujuan kiter menipu tu supaya mak tak risau…
Maafkan kiter kerana sampai mak pergi mak tak tau hal sebenar…
mak, kiter menipu mak kan …
ampon kan kiter….
Mak…..
Jam 4.30 pagi 19/08 /2006
Bila tiba aja kat hospital….
nurse tengah balut mak dengan kain putih…..
mak mesti nampak kiter jatuh terduduk di lantai hospital…
Mesti mak nampak abang cium dahi mak…..
Mesti mak nampak akak baca doa untuk mak….
Mesti mak nampak adik terduduk kat kerusi kat sudut itu…
mesti mak nampak semua tu kann…kann. .kannn
Mak tau tak….
Pagi tu balik dari hospital jam 5.20 pagi kiter mamandu dalam keadaan separuh sedar…
Adik kat sebelah diam melayan perasann…
Kenangan bersama mak berputar dalam kepala ini…
jalan di depan terasa makin kelam…..
airmata dah tak mampu di tahan….
Masa tu seandainya apa-apa terjadi di jalan itu kiter rela…
Namun alhamdulillah akhirnya kiter sampai juga…
di sebab kan pagi masih awal, jadi jalan tu lenggang..
kosong. …sekosong hati ini…..
Sepanjang perjalanan terasa kedinginan subuh itu lain benar suasananya.. …
terasa syahdu dan sayu…dinginnnn. ….
Mak…..
Kiter masih ingat lagi…
Kiter baca AlQuran kat tepi mak temankan mak…
Jam 11.00 pagi mak di mandi kan …..
Anak2 mak yang pangku masa mak mandi….
Mak mesti rasa betapa lembut nya kami mengosok seluruh tubuh mak…..
Kiter gosok kaki mak perlahan lahan…..
Mak perasan tak…?
Makcik yang mandikan mak tu pujuk kiter…..
Dia kata…” dikk…jangan nangis…kalau sayang mak jangan buat gitu…jangan nangis ya..”
Bila makcik tu kata gitu…
lagi laaaa laju airmata ni..
tapi kiter kawal supaya tak menitik atas mak….
Mak…..
Sampai takat ini surat ni kiter tulis…..
kiter nangis ni…..
Ni kat dlm bilik…baru pukul 4.00 pagi….
Takder orang yang bangun lagi…..
kiter dengar nasyid tajuk “anak soleh” kiter sedih…
kiter rindu kat mak..!
Takpa la….
nanti bila kita selesai sembanyang subuh,
kiter baca yassin untuk mak…
mak tunggu ya..!
Mak..
Sebelum muka mak di tutup buat selamanya… .
Semua anak2 mak mengelilingi mak…
menatap wajah mak buat kali terakhir….
Semua orang kata mak seolah2 senyum aja…
Mak rasa tak….
masa tu kiter sentuh dahi mak….
kiter rasa sejukkkk sangat dahi makk…..
Kiter tak mampu nak cium mak…
kiter tak daya….
kiter tuliskan kalimah tauhid kat dahi mak dengan air mawar…
Airmata kiter tak boleh tahan….
Mak mesti ingat kan yang anak mak ni jadi imam solat jenazah untuk mak…
tapi kite suruh tok imam bacakan doa sebab kite sebak….
Jam 12 tengahari mak diusung keluar dari rumah….
Akak pula dah terkulai dlm pelukan makcik…
badan akak terasa panas…
makk…
anak mak yang seorang tu demam….
Mak tauu…
cuma akak sorang saja anak mak yang tak mengiringi mak ke tanah perkuburan.. .
Mak…..
Hari2 ku lalui tanpa kewujudan mak lagi…
Begitu terasa kehilangan mak…
boleh kata setiap malam selepas maghrib anak mak ini berendam airmata…
Dan sampai satu tahap….
masa tu malam jumaat selepas maghrib…
Selepas kiter baca yassin ngan kawan-kawan. ….
entah kenapa biler kat bilik kiter keluarkan gambar2 mak pastu apa lagi…
semakin kiter tenung terasa semakin sayu…
tangisan tak dapat dibendung…
Mak tauu…
kiter cuba bertahan…
memujuk diri sendiri tapi tak juga reda…
Kiter rasa nak telefon mak…
nak cakap dengan mak….
anak mak yang ni dah tak betul kan …????
Dan akhirnya dalam sedu sedan itu kiter telefon kampong…
Kiter cakap dengan kakak..kiter nangis lagi…
Puas la kakak memujuk kiter…
Akak kata…” tak baik laa nangis aje..doa lah untuk mak..”
Dan akhirnya akak juga nangis…..
Mak tau tak..
di saat itu kerinduan terasa menusuk sehingga ke hulu hati…
rasa nyilu sangat…
menusuk-nusuk sehingga terasa begitu sakit dalam dada ni….
Sampai sekarang bila kerinduan itu menjelma…
hanya sedekah al-fatihah kiter berikan…..
Mak….
cukup la sampai sini dulu….
kawan kiter dah ketuk pintu bilik tu….
kejap lagi kami nak pergi solat subuh kat masjid…
selalunya, kiter yang bawak mak naik motor kan ….
kali ni kiter jalan kaki dengan kawan pulak…
esok kiter ingat nak tulis surat kat ayah pula….
Mula2 kiter tak tau nak hantar mana surat nih…
pastu kawan kiter bgtau…
simpan je buat kenangan..
Kiter cuma tau alamat ni aje…
Takper yer mak…kiter kasi orang lain baca…
Kiter stop dulu…
sebab kawan kiter dah lama tunggu tu…
akhir kata untuk mak,
I LOVE YOU SO MUCH
dan jutaan terima kasih kerana membesarkan kiter…
memberi seluruh kasih sayang dari kecil sampai masuk sekolah..
sampai masuk unibesiti..
sampai kiter boleh rase naik kapal terbang…
boleh rasa duduk kat negara orang…
sampai akhir hayat ini jasa mak tak akan mampu kiter balas..
Sekian terima kasih,
Yang Benar
Anak mak yang dah tak nakal.
***Di bulan ramadhan yang mulia ini, renung-renungkan lah kembali ... jasa ibu, jasa ayah yang telah berkorban untuk membesarkan anak-anaknya. Kepada yang masih mempunyai Ayah dan Ibu, bersyukurlah atas kuniaan Ilahi... Sementara mereka masih ada, hormati dan berbaktilah pada mereka..jagalah hati mereka sebaik-baiknya. Pada yang tiada... sedekahkanlah Al-Fatihah dan perbanyakkanlah doa agar roh keduanya berada di dalam aman dan sejahtera. Mudah-mudahan kita menjadi anak yang berbakti kepada kedua ibu-bapanya. Ingatlah, redha Allah terletak pada keredhaan ibu dan ayah kita...
p/s ; apa tunggu lagi... amik hanphone call lah mak ayah kat kampung tanya khabar...
Sabtu, 14 Ogos 2010
Cerita Hang tuah
Asslamualaikum...sebenarnya entry kali ni... lebih kepada try and error ( salah satu teknik pembelajaran kendiri... hehehehee). Bila jalan-jalan kat blog orang lain, ada video terpikir gak camana nak buat...pastu pegi kat blog http://www.myairul.blogspot.com/ pergh... ada video yang banyak ilmu .Mula terpikir kalau sesekali ada entry macam nie pun best jugak...Apa lagi youtube leee... pastu try n errorr...harap-harap menjadi lah hendaknya...kalau tak jadi cuba lagi ... hehehe...
Video nie dapat dari member yang hantar pakai FB ... heheh menarik jugak...walaupun masa tayangan mungkin tak sesuai, tapi yang bestnya , dialog dan action... macam real jee... tahniah pada orang yang tukang buat video ni.. memang kreatif...Selamat Menonton...
Khamis, 12 Ogos 2010
Cerita Eksiden.
Assalamualaikum w.b.t....
Huh.. dah tengah malam, mata masih tak mengantuk. Mungkin sebab masa berbuka tado aku minum Kopi Radix kot. Mungkin juga...Emph.. teringat pulak peristiwa petang tadi, lebih kurang jam 5.30 petang, waktu aku on the way balik ke rumah dari beli batrang dapur kat Econsave, ternampak satu eksiden.Tak jauh dari jambatan Kota Tinggi menuju ke johor bahru betul-betul depan kedai perabut Soon Huat( kedai perabut rasmi rumah aku hehehe). Aku peratikan betul-betul... Laa keta member aku rupanya.. ATOS I-ONE plate no..JMC berapa aku tak ingat. Aku pun lepas isi minyak kat petronas jalan mawai , buat u-turn gi nengok laa..kot-kot ada yang perlu dibantu...Owh rupanya keta dia kena sodok dari belakang dek lori kecik bawa barang hardware kalu tak silap. Aku nengok boleh tahan jugak... bumper rebeh, bonet kemek sikit kat belah kanan dan lampu brek belakang belah kanan dia pun pecah gak.. Ish... nampak cam sikit jee... tapi boleh tahan jugak tuu.. Kesian gak kat member tuu.. dah lah petang, nak tunggu polis sampai lagi, pastu nak buka puasa plak. anak-anak kat rumah lagi... ishhh.. dugaan sungguh... Lepas aku tanya dia semua OK dah boleh settle...tinggal tungu polis jee.. aku pun balik lah .. nak pegi bazar ramadhan pulak.
Aku pun mula terpikir... inilah dugaan tuhan agaknya nak uji hambanya. Ujian datang dalam pelbagai bentuk yang tidak disangka-sangka. Hah... 2 minggu lepas pun ada eksiden kat taman perumahan aku... keta langgar van tengah paking kat umah lagi dasyat nasib baik tak de yang cedera. Tiba-tiba jee kecuk perut aku ni.. tambah-tambah dalam bulan puasa, pastu musim raya nie...lagilah ngeri... setiap tahun laporan OPS Statik pulak asyik meningkat jee... Aiii... tu yang rasa macam malas jee nak keluar rumah, tapi tak boleh pulak...
Pada pendapat akulah... perkara-erkara macam nie dah qada-qadar tuhan, kita kena terima dengan reda'.Tapi kita kenalah berusaha supaya kejadian-kejadian eksiden nie tak menimpa kita dan kelurga kita. Antara yang boleh kita buat seperti sentiasa berhati-hati,ikut peraturan jalan raya,kereta mesti dalam keadaan yang baik dan selamat dan banyak lagilah yang kita boleh buat untuk elakkan kemalangan nie (macam karangan SPM lah pulak) . Amalan yang patut kita lakukan setiap kali nak keluar rumah dan naik kenderaan bacalah doa BISMILLAHITAWAKKALTU ALLALLAH..sampai habis dan doa naik kenderaan. Insyaalah selamat...Nak lagi confident ... Ustaz Mursyid ada ajar supaya baca ayat Qursi dan tiup kat keliling kereta.. Kalau jalan jauh sikit.. Aku tambah lagi dengan bacaan 3Qul.. sewaktu drive pastu tiup kat keliling (dalam) keta tuu...pastu doalah kat dalam hati semoga perjalanan kami ini perjalanan yang selamat, diberkati dan mendapat perlindungan serta pertolongan dari Allah.
Iyallah.. apa-apapun kita manusia hanya merancang , tuhan jugak yang menentukan....Jadi semoga tahun nie kita semua dijauhi dari segala macam balak bencana dan apa juga jenis kemalangan yang tidak diingini....Amin ya Rabbal alamin.....

kesian tuan rumah ... tak pasal-pasal van rosak.. rumah pun rosak gak tuu... eii... |

lelaki dan "buah dada".
Pertama-tama sekali, ini bukan entri lucah. Gambar-gambar yang dipaparkan di sini juga bukanlah gambar lucah...harap maklum!
Seorang lelaki di Beijing dikatakan mempunyai buah dada terbesar dan terberat di dunia. Namun, buah dada sebesar saiz bola sepak milik seorang lelaki China berumur 53 tahun kini menjadi kecil setelah dia menjalani pembedahan selama enam jam, lapor sebuah akhbar semalam.
Lelaki itu, Guo Qingpo menjalani pembedahan di sebuah hospital di Dezhou, wilayah Shandong baru-baru ini. Buah dada lelaki itu membesar dengan tiba-tiba pada 2008.Seramai 20 pakar dari lapan jabatan berusaha mencari kaedah untuk mengurangkan buah dada itu dengan pembedahan dianggap satu pilihan terbaik.Dua buah dada lelaki itu seberat 5 kilogram.Lelaki itu keluar dari hospital itu pada penghujung April lalu selepas sebulan dia menjalani pembedahan.Dalam bidang perubatan, penyakit yang dialami oleh lelaki itu dikenali sebagai Gynecomastia, satu simptom pembesaran buah dada akibat tumor atau hormon. - Agensi
sumber gambar: metro.co.uk

Selasa, 10 Ogos 2010
Cerita sedih..
Sebuah kisah untuk dijadikan iktibar dan pengajaran……
Abah, bagi balik tangan Ita………
Sepasang suami isteri, seperti pasangan lain di kota-kota besar meninggalkan anak-anak diasuh pembantu rumah semasa keluar bekerja. Anak tunggal pasangan ini, perempuan berusia tiga setengah tahun. Bersendirian di rumah dia kerap dibiarkan pembantunya yang sibuk bekerja bermain di luar, tetapi pintu pagar tetap dikunci. Bermainlah dia sama ada berbuai-buai di atas buaian yang dibeli bapanya, ataupun memetik bunga raya, bunga kertas dan lain-lain di laman rumahnya. Suatu hari dia terjumpa sebatang paku karat. Dia pun melakar simen tempat letak kereta ayahnya tetapi kerana diperbuat daripada marmar, lakaran tidak kelihatan. Dicubanya pada kereta baru ayahnya. Ya… kerana kereta itu bewarna gelap, lakarannya jelas.
Apa lagi kanak-kanak ini pun melakarlah melahirkan kreativitinya. Hari itu bapa dan ibunya bermotosikal ke tempat kerja kerana laluannya sesak sempena perayaan Thaipusam. Penuh sebelah kanan dia beredar ke sebelah kiri kereta. Dilakarnya gambar ibu dan ayahnya, gambarnya sendiri, lukisan ayam, kucing dan sebagainya mengikut imaginasinya. Kejadian itu langsung tak disedari si pembantu rumah.
Pulang petang itu, terkejut badaklah pasangan itu melihat kereta yang baru setahun dibeli dengan bayaran ansuran, berbatik-batik. Si bapa yang belum pun masuk ke rumah terus menjerit, “Siapa punya kerja ni?” Pembantu rumah yang tersentak dengan jeritan itu berlari keluar. Dia juga beristighfar. Mukanya merah padam ketakutan tambah-tambah melihat wajah bengis tuannya. Sekali lagi diajukan pertanyaan keras kepadanya, dia terus mengatakan “Tak tahu… !” “Duduk di rumah sepanjang hari tak tahu, apa kau buat?” herdik si isteri lagi. Si anak yang mendengar suara ayahnya, tiba-tiba berlari keluar dari bilik. Dengan penuh manja dia berkata “Ita buat ayahhh.. cantik kan ?!” katanya menerkam ayahnya ingin bermanja seperti selalu.
Si ayah yang hilang sabar merentap ranting kecil pokok bunga raya di depannya, terus dipukul bertalu-talu tapak tangan anaknya. Si anak yang tak mengerti apa-apa terlolong-lolong dan menangis kesakitan sekaligus ketakutan. Puas memukul tapak tangan, si ayah memukul pula belakang tangan anaknya. Si ibu cuma mendiamkan diri, mungkin setuju dan berasa puas dengan hukuman yang dikenakan. Pembantu rumah melopong, tak tahu nak buat apa-apa. Si bapa cukup rakus memukul-mukul tangan kanan dan kemudian tangan kiri anaknya. Selepas si bapa masuk ke rumah dituruti si ibu, pembantu rumah menggendong anak kecil itu, membawanya ke bilik.
Dilihatnya tapak tangan dan belakang tangan si anak kecil calar balar. Pembantu rumah memandikan anak kecil itu. Sambil menyiram air sambil dia menangis. Anak kecil itu pula terjerit-jerit menahan kepedihan sebaik calar-balar itu terkena air. Si pembantu rumah kemudian menidurkan anak kecil itu. Si bapa sengaja membiarkan anak itu tidur bersama pembantu rumah.
Keesokkan harinya, kedua-dua belah tangan si anak bengkak. Pembantu rumah mengadu. “Sapukan minyak gamat tu!” balas tuannya, bapa si anak. Pulang dari kerja, dia tidak melayan anak kecil itu yang menghabiskan masa di bilik pembantu. Si bapa konon mahu mengajar anaknya. Tiga hari berlalu, si ayah langsung tidak menjenguk anaknya sementara si ibu juga begitu tetapi setiap hari bertanya kepada pembantu rumah.
“Ita demam… ” jawap pembantunya ringkas.
“Bagi minum panadol tu,” balas si ibu. Sebelum si ibu masuk bilik tidur dia menjenguk bilik pembantunya. Apabila dilihat anaknya Ita dalam pelukan pembantu rumah, dia menutup semula pintu. Masuk hari keempat, pembantu rumah memberitahu tuannya bahawa suhu badan Ita terlalu panas. “Petang nanti kita bawa ke klinik. Pukul 5.00 siap” kata majikannya itu.
Sampai waktunya si anak yang longlai dibawa ke klinik. Doktor mengarahnya ia dirujuk ke hospital kerana keadaannya serius. Setelah seminggu di wad pediatrik doktor memanggil bapa dan ibu kanak-kanak itu. “Tiada pilihan..” katanya yang mencadangkan agar kedua-dua tangan kanak-kanak itu dipotong kerana gangren yang terjadi sedah terlalu teruk.
“Ia sudah bernanah, demi nyawanya kedua-dua tangannya perlu dipotong dari siku ke bawah” kata doktor. Si bapa dan ibu bagaikan terkena halilintar mendengar kata-kata itu. Terasa diri tunggang terbalik, tapi apalah dapat dikatakan. Si ibu meraung merangkul si anak. Dengan berat hati dan lelehan air mata isterinya, si bapa terketar-ketar madandatangani surat kebenaran pembedahan selepas diberi penerangan terperinci tentang keadaan sebenar anaknya. Keluar dari bilik pembedahan, selepas ubat bius yang dikenakan habis, si anak menangis kesakitan. Dia juga terpinga-pinga melihat kedua-dua tangannya berbalut putih. Direnung muka ayah dan ibunya. Kemudian ke wajah pembantu rumah. Dia mengerutkan dahi melihat mereka semua menangis.Dalam seksaan menahan sakit, si anak yang keletah bersuara dalam linangan air mata.
“Abah.. Mama… Ita tak buat lagi. Ita tak mau ayah pukul. Ita tak mau jahat. Ita sayang abah.. sayang mama.” katanya berulang kali membuatkan si ibu gagal menahan rasa.
“Ita juga sayang Kak Narti..” katanya memandang wajah pembantu rumah, sekaligus membuatkan gadis dari Surabaya itu meraung seperti histeria.
“Abah.. bagilah balik tangan Ita. Buat apa ambil.. Ita janji tak buat lagi! Ita nak makan macam mana? Nak main macam mana? Ita janji tak conteng kereta lagi,” katanya bertalu-talu.
Bagaikan gugur jantung si ibu mendengar kata-kata anaknya. Meraung dia sekuat hati namun takdir yang sudah terjadi, tiada manusia dapat menahannya
p/s : ambil pengajaran dari cerita ni... Aku bukan stakat amik pengajaran jee.. nak ambik tisu skali.. isk..isk..isk...

Cerita Ramadhan, Bulan Yang Mulia.
Assalamualaikum... berlalu sudah Syaaban, kini Ramadhan menjelma kembali. Bulan seribu rahmat. Alhamdulillah.. bersyukur kehadrat Allah kerana diberikan rezeki dan dipanjangkan umur dapat kita merasai sekali lagi bulan yang penuh barakah ini. Huuummmmph.... rugi kalau kita tak menggunakan kesempatan yang ada untuk mendekatkan lagi diri kita dengan Allah. Bagi Aku....harapan pada Ramadhan kali nie, aku nak jadikan puasa aku nie ditahap yang terbaik, bukan setakat menahan lapar dan dahaga jeee... hah..gitu lah lebih kurangnya.
Teringat pulak kat Ustaz Dollah ( Ustaz kat taman aku nie lah), minggu lepas waktu kenduri di rumah jiran aku,dia ada cakap yang PUASA ni diambil dari bahasa arab yang bermaksud diluar kebiasaan. Maksudnya dalam sebulan nie kita buat yang luar biasa. kalau biasa kita makan minum disiang hari. tapi pada bulan ni, kita tak makan dan minum disiang hari, tuuuu... kira diluar kebiasaan kita lah kan? Selain tu di juga ada cakap pasal niat puasa. Dia kata niat puasa ni..tak semestinya kita kena lafazkan, tapi kalau dah terlintas kat hati, atau dah bangun makan sahur tuuu pun dah kira berniat lah tu. Kalau nak lebih afdal lagi kita lafazkan lah niat tuuu...Pasal sahur dan berbuka pulak Ustaz cakap... elok dilewatkan sikit bersahur dan diawalkan berbuka. Lagi satu jangan lupa kejar malam LaitulQadar pada 10 malam terakhir kata Ustaz. perbanyakkan Qiamullail. Sekecil-kecil Qiamulail adalah kalau orang tuu dapat berjemaah Maghrib dan Subuh pada malam tersebut. Hah... tu yang paling kecik lah tuuu..
Lagi apa Ustaz Dollah cakap eekkk?... Emph... dia ada cakap.. bila tiba malam hari raya nanti, jangan seronok sangat nak raya, cuba baca SUBHANALLAHIWABIHAMDI banyak-banyak dan sedekahkan pada ahli keluraga kita yang telah meningal dunia. Kerana apa, mereka ni sebenarnya mula bersedih sebab dah tak boleh relax-relax lagi kat alam kubur tuu,maklum lah dah sebulan berehat dari seksaan alam kubur, habis sahaja Ramadhan, siksaan kubur berjalan semula, tu yang diorang sedih. jadi kita bantulah mana yang patut. sebab nanti kia pun menuju ke situ jugak. ( Kita tolong orang, nanti tuhan tolong kita pulak )
Weeeiii... panjang lah pulak. Cerita bab-bab agama nie, tak semua orang boleh cerita. kena serah pada yang pakar ( usataz, tok Imam, Qadi dan yang seumpamanya) kalau tak, takut nanti ada ajaran sesat pulak nanti hehehe. Eh.. kat bawah nie ada cerita pasal kelebihan bulan Ramadhan diambil dari http://www.ashtech.com.my/
Aku mendoakan semoga pada ramadhan kali ini kita semua mendapat keredhaanNya Amin...
KELEBIHAN RAMADHAN
Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya'ban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini, di sini dibawa beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya.
1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi-
2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi-
3. Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. - Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi-
4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah(Islam).-Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi-
5. Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. -Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi-
PENERANGAN HADIS
1. Semua hadis menceritakan betapa besarnya kelebihan bulan Ramadhan untuk kita sama-sama menghidupkannya dengan segala amalan sunnah.
2. Pintu syurga dibuka sepanjang Ramadhan, manakala pintu neraka pula ditutup. Ini menggambarkan bagaimana Allah begitu mengasihani hambaNya yang taat beribadat dan menurut segala perintahNya.
3. Syaitan diikat sepanjang bulan Ramadhan agar kita dapat menunaikan segala ibadat dengan penuh keikhlasan. Tetapi kita perlu ingat bahawa kawan syaitan yang berada pada diri kita iaitu nafsu akan menggantikan tugas syaitan jika kita lalai.
4. Pentingnya keikhlasan dan keimanan kita dalam menunaikan ibadat.
5. Puasa mampu menjadi perisai diri daripada terjebak ke lembah maksiat, begitu juga ia mampu menghapuskan segala dosa-dosa yang lepas jika kita benar-benar bertaubat.
6. Kita mesti menghidupkan sunnah yang mana yang paling besar ialah berada dalam jemaah Islam terutama di dalam mengembalikan semula khilafah Islamiah yang telah lama dihancurkan iaitu pada 1924.
7. Jauhkan daripada syirik pada Allah sama ada berbentuk perbuatan, niat ataupun percakapan. Kita mesti mematuhi segala perjanjian yang dibuat selagi tidak melanggar hukum syarak.
8. Kita mesti berpuasa pada semua anggota bukannya pada makan dan minum sahaja.
9. Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada bauan kasturi.
10. Orang berpuasa akan mengecapi dua kegembiraan iaitu ketika berbuka dan apabila bertemu Allah kelak.
11. Di dalam menunaikan ibadat puasa kita mesti banyak bersabar dan jangan suka berbual kosong apatah meninggikan suara apabila bercakap.
Langgan:
Catatan (Atom)