Selasa, 26 Oktober 2010

Doa untuk anak-anak...

Assalamualaikum... w.b.t hari nie... cerita pendek-pendek jee... tapi mungkin berguna terutama pada Ibu Bapa. Bila dah dapat title AYAH nie... baru aku rasa... macamana susahnya bapak aku dulu nak jaga aku hehehe...Bapak aku dulu GARANGGGG...lambat mandi pun kena belasah ngan tali pinggang. Tu belum kira kalau tak pegi ngaji lagiii....tidur luar le jawabnya. Tapi itu semua sebenarnya adalah untuk mendidik....  supaya anak-anak akan jadi orang berguna. Terima kasih dan syukur pada Allah, sebab dapat ayah yang garang..Sebab garang dia tulah aku jadi orang sekarang nie... hehehee... Selain daripada hukuman, herdikan, pujian dan sebagainya dalam mendidik anak-anak nie... DOA  memainkan peranan yang amat penting... kerana, doa ibu bapa nie makbul....sebab tulah orang dulu-dulu kalau nak marah anak dia akan cakap yang baik-baik jee... macam" bertuah punya anak". Lama-lama... memang bertuah lee anak tuuu dengan izin Allah. Jadi kat bawah nie... ada beberapa koleksi doa untuk anak-anak yang boleh ibu bapa amalkan. Mudah-mudahan berjaya....

Koleksi doa untuk anak-anak...
1. Doa memohon Rahmat, surah Ali-Imran, ayat 8-9.
2. Doa mohon zuriat yang baik, surah Ali-Imran (ayat 38).
3. Doa anak supaya kerjakan solat, surah Ibrahim (ayat 40-41).
4. Doa anak agar taat kepada Allah, surah Al-Baqarah (ayat 128).
5. Doa diberi zuriat menyejukkan mata memandang, Surah Al-Furqan (ayat 74).
6. Doa anak pandai belajar, surah Al-Anbiya (ayat 79).
7. Doa anak lembut hati, surah Al-Anbiya, (ayat 69) atau Al-Hasyar (ayat 22-24).
8. Doa anak rajin sekolah, surah Taha (ayat 1-5). 




Tiada ulasan:

Catat Ulasan