Isnin, 17 September 2012

Panduan menjelang peperiksaan

 
 
Assalamualaikum... lama tak buat entry tau-tau dah nak exam. Oklah entry kali nie khas untuk pelajar tingkatan 3 yang nak amik PMR tak lama lagi. Untuk yang lain-lain pun boleh jugak lahhhh... asalkan peperiksaan. Mudah-mudahan ini sikit sebanyak dapat membantu anda semua. Ni pun aku amik kat wikibuku... Tapi seingat aku masa aku sekolah dulupun lebih kurang cam nie jugak cara aku belajar hehehee...

Gunakan saat-saat hampir menjelang peperiksaan untuk membuat persediaan terakhir seperti:
  1. Sentiasa meminta bantuan guru bagi memperkukuhkan pemahaman dan penglihatan anda mengenai sesuatu perkara yang tidak difahami.
  2. Minta pendapat guru tentang soalan-soalan ramalan yang mungkin timbul secara am.
  3. Menyenaraikan perkara-perkara yang mungkin perlu anda beri tumpuan mengikut keutamaan dan cuba memahaminya dengan lebih jelas lagi.
  4. Dapatkan soalan-soalan lepas daripada senior dan kemudian kaji serta cuba jawab soalan yang belum dapat dijawab dengan baik.
  5. Buat perbincangan bersama rakan-rakan bagi menangani masalah yang belum dapat diselesaikan dan dapatkan pertolongan mereka jika anda belum bersedia.
  6. Semak jadual peperiksaan dan buat satu jadual terakhir untuk mengulangkaji secara ringkas dan padat.
  7. Rujuk kembali nota-nota ringkas, gambarajah-gambarajah penting dan ingat fakta-fakta utama.
  8. Dapatkan tidur dan rehat yang cukup serta makan makanan yang seimbang.
  9. Sentiasa memberi tumpuan sepenuhnya yang tidak berbelah bagi kepada persediaan menghadapi perperiksaan anda.
Belajar perlulah dengan kerelaan hati tetapi bukan kerana terpaksa. Belajar kerana terpaksa tidak dapat membantu anda belajar dengan sempurna dan boleh membuatkan anda gugup dalam peperiksaan nanti. Yakin akan kebolehan diri. Tanamkan dalam diri “saya boleh” dan tulis dengan besar dan terang di atas sekeping kad dan letak di hadapan anda (tempat anda belajar).

P/S : pasni nak post teknik study last minit yang mungkin berkesan buat geng-geng last minit...
         "study smart play hard"....
 

Isnin, 19 Mac 2012

20 Mac 2012 & Fenomena Ekuinoks di Malaysia. Apa kesannya?



Hari esok, 20 Mac 2012, pada jam 1:14 PM (Waktu Malaysia), akan berlaku fenomena Ekuinoks. Fenomena ini berlaku pada setiap bulan Mac dan Sep setiap tahun, yang mana pada saat tersebut, Matahari berada tepat di atas garisan Khatulistiwa. Jadi, apakah sebenarnya berlaku ketika tarikh tersebut? Apakah kesannya terhadap kita di Bumi?
Jom kita berkenalan sikit dengan Ekuinoks dalam bentuk Q&A.

Q: Kenapa ia dipanggil Ekuinoks?
A: Ia sebenarnya berasal dari perkataan Latin yang bermaksud 'equal night'.

Q: Kenapa ia boleh berlaku?
A: Semua tahu paksi Bumi condong sebanyak 23.5 darjah. Ketika ia mengelilingi matahari, ada ketikanya paksi Bumi akan berada tegak (relatif kepada kedudukan matahari). Maka pada ketika itu, berlakulah fenomena ekuinoks.


Q: Pada tarikh equinoks itu, di mana kedudukan matahari di langit?
A: Pada ketika itu, matahari berada tepat di atas garisan Khatulistiwa.

Q: Apa kesannya kepada penduduk di Bumi.
A: Secara umumnya, ekuinoks pada bulan Mac akan menandakan bermulanya musim bunga bagi negara-negara di hemisfera utara, manakala bagi negara di hemisfera selatan, ia menandakan bermulanya musim luruh.

Q: Ada orang mengatakan pada tarikh ekuinoks ini, waktu siang dan malam adalah sama, iaitu 12 jam. Betul ke?
A: Sebenarnya kurang tepat. Ini adalah kerana waktu matahari terbit dikira pada saat nampaknya 'bentuk' matahari di atas ufuk. Walhal posisi sebenarnya matahari di langit dikira pada titik tengah bulatan matahari.

Q: Maknanya?
A: Maknanya, matahari sebenarnya terbit 'lebih awal'. Perkara yang sama berlaku apabila ia terbenam, yang mana walaupun titik tengah matahari sudahpun berada di bawah ufuk, bentuk 'bulat' matahari masih lagi kelihatan beberapa minit selepas itu.

Q: Kalau begitu, maknanya matahari kelihatan di langit lebih sikit daripada 12 jam la ye?
A: Ya, betul. Dan ada lagi satu faktor iaitu serakan cahaya di atmosfera.

Q: Apa kesan serakan atmosfera terhadap cahaya matahari?
A: Perasan tak, apabila hilangnya matahari di ufuk, ia menandakan waktu terbenam matahari dan juga menunjukkan masuknya waktu Maghrib. Ketika itu cahaya di langit masih terang. Hanya apabila menjelang Isya' sahaja, barulah cahaya kemerahan di langit hilang dan langit menjadi hitam. Itu adalah kesan cahaya matahari yang diserakkan oleh atmosfera kita.

Q: Ok, maksudnya?
A: Maksudnya, contoh, katakan waktu matahari terbenam ialah pada jam 7.30 petang, 'malam' sebenar hanya bermula pada jam lebih kurang 8.40 malam, iaitu lebih sikit dari 1 jam selepas matahari terbenam.

Q: Ok, jadi adakah kesan yang sama berlaku pada waktu Subuh?
A: Ya, pada waktu Subuh, perasan tak, langit sebenarnya sudah mula terang SEBELUM matahari terbit di ufuk timur. Oleh itu, sama kes seperti yang tadi, 'malam sebenar' telahpun berakhir sebaik sahaja azan Subuh berkumandang.

Q: Kalau begitu, siang di hari ekuinoks ialah lebih kurang beginilah ye, 12 jam + 1 jam lebih sikit + 1 jam lebih sikit, iaitu 14 jam!
A: Boleh juga dikatakan begitu, tapi jangan keliru pula!. 14 jam tu bukan bermaksud 14 jam matahari ada di atas langit!
14 jam itu ialah jumlah masa matahari berada di langit DAN waktu CAHAYA langitnya masih kelihatan selepas ia terbenam (iaitu waktu Maghrib hingga Isya, dan waktu Subuh hingga terbit mahatari). Matahari tetap terbenam pada waktu Maghrib seperti biasa.


(Foto menunjukkan keadaan langit masih cerah, walaupun matahari sudah terbenam. Photo credit: Mohd Redzuan Tahar)


Q: Selain dari di atas, apa faktor lain yang menyebabkan siang lebih panjang pada hari ekuinoks?
A: Faktor biasan cahaya oleh atmosfera kita, akan menyebabkan matahari masih kelihatan di ufuk, walaupun pada hakikatnya matahari sudahpun terbenam di bawah ufuk.


(Gambarajah menunjukkan kedudukan matahari di ufuk dan kesian biasan atmosfera bumi)


Q: Jadi, adakah waktu solat kita akan berubah pada hari ekuinoks?
A: Ehh…. tidak sekali! Waktu solat kita tetap seperti sediakala, sepertimana di paparkan di laman web JAKIM. Tidak perlu kelam-kabut hantar SMS palsu!

Q: Saya tak kata nak hantar SMS pun!
A: Memangla, tapi pernah berlaku beberapa tahun lepas, di mana kecoh apabila ada SMS tersebar yang mengatakan waktu Maghrib sudah berubah pasal fenomena Ekuinoks itu!

Q: Ok, saya faham. Jadi, fenomena Equinoks ini berlaku tahun 2012 ini saja ke? Adakah ia ada kaitan dengan huru-hara 21.12.2012 !??
A: Laaa… mana ada kaitan pun! Ekuinoks ini sudah berlaku sejak wujudnya bumi dan matahari! Ia BUKANLAH fenomena baru! Ia sudah berlaku berulang-ulang kali! Lagipun huru-hara 2012 itu pun mengarut.

Q: Ye ke? Kenapa sebelum ini saya tak tahu? Mungkin NASA menyembunyikan sesuatu?
A: Laaa.. apa kena mengena dengan NASA pulak? Lain kali rajin-rajinlah membaca. Membaca amalan mulia!

Q: Ok ok, jangan marah. Terima kasih!
A: Sama-sama :-)


(Dicopy bulat-bulat dari falak-online.net)




Jumaat, 16 Mac 2012

senyum jeee...


Assalamualaikum... hummm... kadang-kadang orang susah sangat nak senyum. Semalam  aku pegi kat satu pasaraya nie... masa nak bayar tu, sempat jugak senyum kat cashier tuu, tapi, cashier tuu buat dek jeee... pastu siap hentak-henak barang lagi, nasib baik lah barang yang aku beli tuu susu dalam tin, kalau kaca? tak ke naya  nama nya tuu. Lepas aku nengok si cashier tuu hangin semacam jee, akupun blah lah, kang tak pasal-pasal ngan aku-aku skali kena hentak lak kang.. hehehe..Tapi aku think positif jee., agaknya dia dah penat seharian keje kot. Tapi kalau ye pun penat, cubalah senyum sikit... sebab menurut Davis dan Palladino, senyuman  bermaksud maklumbalas dari ekspresi wajah seseorang  yang akan mempengaruhi emosi dan perlakuannya. Berdasarkan teori ini maka boleh disimpulkan bahawa mood seseorang boleh ditingkatkan dengan senyuman. ( nampak sangat ayat copy n paste)

Lagipun semasa seseorang itu senyum, 16 otot muka digerakkan untuk membentuk senyuman manis berbanding 43 otot digunakan apabila muka seseorang itu masam. Ia juga merangsang pengeluaran endorphins (sejenis bahan kimia yang dihasilkan oleh otak untuk mengurangkan rasa sakit) Barulah berseri dan nampak muda selalu... Tapi senyuman tuu biarlah ikhlas, jangan salah guna dan tak kena tempat pulak.

Nabi Muhammad s.a.w. pernah berkata bahawa "Senyum kepada saudaramu adalah sedekah". So apa lagi...senyumlah.

Sabtu, 18 Februari 2012

lama tak menulis...

                             Sekadar gambar hiasan. Takde kena mengena dengan artikel di bawah


Assalamualaikum... lama sungguh tak menulis kat alam maya nie... hehehe tetiba je ari ni rasa nak nulis . tapi tak tau nak tulis apa. jadi aku bantai je le..asal ada apa-apa yang boleh di baca. Sebenarnya tadi jen jalan kat  blog member-member... semuanya dah maju ke depan. yelerr.. kalau kita rajin mesti berjaya kan. harap-harap tahun nie akupun rajin cam diorang tuuu... jangan tingal harapan je sudahlah... hehehe..so , dengan nada penuh semangat nya ... aku akan mula menulis dan bercerita semula selepas setahun ... yearghhh....