Rabu, 29 Disember 2010

Tanah tumpahnya darahku...


Assalamualaikum... pergh lama sungguh tak buat post..heheh biasalah hujung-hujung tahun cam nie ...aku memang kena kuarantin.sebab banyak urusan nak diselesaikan ... Aku rasa seminggu dua nie ramai orang akan bercakap pasal bola.. yelah dah menang. Tahniah lah kat team Malaysia yang akhirnya berjaya jugak bangkit menjadi antara pasukan yang di geruni di rantau ni. Mana taknya dahlah menang pingat emas kat Sukan SEA tempoh hari... sekarang menang pulak piala AFFF... semakin meletop-letop lah diaorang nie.. hehehee.. 

Sekarang nie mesti ramai orang yang becerita pasal Safee Sali,Asahari, Khairul Fahmi, Raja gopal... gol keeper bagus, jaringan menarik.. taktik berkesan...player semua mudalah .. mental fizikal kuat ... macam-macam lagilah...tapi ... dalam banyak-banyak ni semua , satu yang paling menarik perhatian aku ... slogan baru  " TANAH TUMPAHNYA DARAH KU " . Huh... betul-betul mendalam maksudnya... siap di cetak kat jersi pulak tuuu... mana tak naik semangat dibuatnya....Pada pendapat aku .. slogan nie yang diambil dari lagu Negaraku jugak, memainkan peranan penting dalam kejayaan Malaysia kali ni, yang telah menjadi pembakar semangat para pemain untuk bermain bermati-matian. Tahniah Harimau Malaya..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan