Selasa, 31 Ogos 2010

Ingat orang tersayang...

Assalamualaikum... hari nie dah masuk 22 hari kita berpuasa. Tak lama lagi dah nak raya. Boleh katakan kita semua mula sibuk dengan persiapan hari raya.Shoping raya, kemas rumah, buat kuih raya dan banyak lagilah yang berkaitan dengan raya.Jangan lupa pada yang nak balik kampung. jalan jauh lebih dua marhalah... kereta dah servis ke belum ?Kalu belum baik cepat-cepat pegi servis. Biasalah kalau tunggu hujung-hujung orang ramai.. silap-silap tak berservis kereta. Bahaya tuuu.

Bila nak balik kampung time raya nie... perasaan aku mesti ada sikit cuak.. Iyalah masa nie kenderaan kat atas jalan berganda-ganda banyaknya dari hari biasa. Tempat yang jarang trafic jam pun boleh jam wooo..Pastu eksiden pulak meningkat....boleh katakan hari-hari ada je yang maut kat atas jalan . Tu yang buat aku jadi ngeri jee nak drive jauh-jauh..

Pada akulah antara punca utama berlakunya eksiden nie... ialah sikap pemandu tu sendiri. Sikap yang macam mana? sikap yang pentingkan diri sendiri, tak ingat orang lain, terburu-buru, cuai dan berlagak  (eksyen lah tuuu)dijalan raya. Nak kata yang bawak laju jadi punca 100% tak boleh jugak. Banyak kes berpunca daripada yang bawak slow kat main road sebab orang nak overtake dia , pastu tak lepas ...dah eksiden. Nasihat aku pada yang nak bersiar-siar, drive slow-slow tuuu... agak-agak lah...sebab ramai lagi orang kat belakang tuu... yang kampung dia masih jauh... kalau slow sangat bila nak sampai.. letih tauuu. Bagi yang drive laju-laju tu pun agak-agaklah jangan laju sangat,... ikut peraturan dan had laju ditetapkan. Tak kemana kampung tuuu...kat situ jugak, yang nak dikejar sangat tuuu buat apa??? Nasihat aku pada diri sendiri dan orang lain jugak... agak-agaklah... INGAT ORANG TERSAYANG.....

3 ulasan:

  1. ya
    ingat orang tersayang
    hati-hati memandu, jangan nanti beraya kat hospital pulak

    BalasPadam
  2. setiap tahun kite mesti dengar kate2 tu...tp pd hakikat nya rmai yg ambik sambil lewe je...

    BalasPadam