Huh.. dah tengah malam, mata masih tak mengantuk. Mungkin sebab masa berbuka tado aku minum Kopi Radix kot. Mungkin juga...Emph.. teringat pulak peristiwa petang tadi, lebih kurang jam 5.30 petang, waktu aku on the way balik ke rumah dari beli batrang dapur kat Econsave, ternampak satu eksiden.Tak jauh dari jambatan Kota Tinggi menuju ke johor bahru betul-betul depan kedai perabut Soon Huat( kedai perabut rasmi rumah aku hehehe). Aku peratikan betul-betul... Laa keta member aku rupanya.. ATOS I-ONE plate no..JMC berapa aku tak ingat. Aku pun lepas isi minyak kat petronas jalan mawai , buat u-turn gi nengok laa..kot-kot ada yang perlu dibantu...Owh rupanya keta dia kena sodok dari belakang dek lori kecik bawa barang hardware kalu tak silap. Aku nengok boleh tahan jugak... bumper rebeh, bonet kemek sikit kat belah kanan dan lampu brek belakang belah kanan dia pun pecah gak.. Ish... nampak cam sikit jee... tapi boleh tahan jugak tuu.. Kesian gak kat member tuu.. dah lah petang, nak tunggu polis sampai lagi, pastu nak buka puasa plak. anak-anak kat rumah lagi... ishhh.. dugaan sungguh... Lepas aku tanya dia semua OK dah boleh settle...tinggal tungu polis jee.. aku pun balik lah .. nak pegi bazar ramadhan pulak.
Aku pun mula terpikir... inilah dugaan tuhan agaknya nak uji hambanya. Ujian datang dalam pelbagai bentuk yang tidak disangka-sangka. Hah... 2 minggu lepas pun ada eksiden kat taman perumahan aku... keta langgar van tengah paking kat umah lagi dasyat nasib baik tak de yang cedera. Tiba-tiba jee kecuk perut aku ni.. tambah-tambah dalam bulan puasa, pastu musim raya nie...lagilah ngeri... setiap tahun laporan OPS Statik pulak asyik meningkat jee... Aiii... tu yang rasa macam malas jee nak keluar rumah, tapi tak boleh pulak...
kesian tuan rumah ... tak pasal-pasal van rosak.. rumah pun rosak gak tuu... eii... |
Pada pendapat akulah... perkara-erkara macam nie dah qada-qadar tuhan, kita kena terima dengan reda'.Tapi kita kenalah berusaha supaya kejadian-kejadian eksiden nie tak menimpa kita dan kelurga kita. Antara yang boleh kita buat seperti sentiasa berhati-hati,ikut peraturan jalan raya,kereta mesti dalam keadaan yang baik dan selamat dan banyak lagilah yang kita boleh buat untuk elakkan kemalangan nie (macam karangan SPM lah pulak) . Amalan yang patut kita lakukan setiap kali nak keluar rumah dan naik kenderaan bacalah doa BISMILLAHITAWAKKALTU ALLALLAH..sampai habis dan doa naik kenderaan. Insyaalah selamat...Nak lagi confident ... Ustaz Mursyid ada ajar supaya baca ayat Qursi dan tiup kat keliling kereta.. Kalau jalan jauh sikit.. Aku tambah lagi dengan bacaan 3Qul.. sewaktu drive pastu tiup kat keliling (dalam) keta tuu...pastu doalah kat dalam hati semoga perjalanan kami ini perjalanan yang selamat, diberkati dan mendapat perlindungan serta pertolongan dari Allah.
Iyallah.. apa-apapun kita manusia hanya merancang , tuhan jugak yang menentukan....Jadi semoga tahun nie kita semua dijauhi dari segala macam balak bencana dan apa juga jenis kemalangan yang tidak diingini....Amin ya Rabbal alamin.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan