Isnin, 30 Ogos 2010

Cerita 10 malam terakhir...


Assalamualaikum.. Apa khabar? harapan saya, agar kita semua berada dalam keadaan sihat sejahtera dan di berkati Allah. Bila sebut jee 10 malam terakhir... terbayang kat minda kita tentang satu malam yang dirahmati Allah, malam yang lebih baik dari 1000 bulan .. ( pergh, lebih kurang 80 tahun tuu) itulah malam Lailatul qadar. Teringat masa sekolah agama kecik-kecik dulu... Ustaz ada cerita.. lailatulqadar nie diberi kepada umat Nabi Muhammad S.A.W jee... sebab umur umatnya pendek dan singkat , kira-kira 60-70 tahun, kalau (lebih tuu kira dapat bonus lah tuhan bagi...) tak macam umat nabi-nabi yang lain, umur panjang sampai bratus-ratus tahun. Jadi, pada sesiapa yang dapat malam Lailutulqadar ni beruntung lah... bayangkan kalau setiap tahun kita dapat, katalah... dah lima tahun ... pergh!!! dah kira 400 tahun... lebih kurang sama umur kaum Nabi Noh dah tuu...

Dalam hadis Rasulullah s.a.w. menyebut


Maksudnya: "Rasulullah bersungguh-sungguh beribadah pada 10 akhir bulan Ramadhan lebih daripada yang lainnya" . Rasulullah s.a.w. melakukan ibadah pada malam itu bukan hanya setakat baginda sahaja tetapi baginda menyuruh ahli keluarga bangun bersama beribadah. Kata Aisyah r.a. yang bermaksud : "Nabi Muhammad s.a.w. apabila masuk 10 akhir bulan Ramadhan baginda mengikat kainnya. Menghidupkan malam dengan beribadah dan membangunkan keluarganya untuk sama-sama beribadah. Mengikat kainnya bermaksud bersungguh-sungguh mengerjakan ibadah."

Kerana mulianya Lailatulqadar, Rasulullah s.a.w. menganjurkan supaya umatnya bersedia menyambut dan menghayati malam yang berkat itu dengan pelbagai jenis amalan dan ibadah yang diterangkan di antaranya hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a.yang maksudnya: "Barangsiapa menghayati malam Lailatulqadar dengan mengerjakan sembahyang dan berbagai jenis ibadat yang lain sedang ia beriman dan mengharapkan rahmat Allah taala nescaya ia diampunkan dosanya yang terdahulu.

Hah... jadi macam mana dengan kita??? dah bersedia nak "mengikat kain " ???  Tapikan kebiasaanya pada malam-malam yang last nilah masjid dengan surau makin lengang, makin sepi. Kita semua sibuk pegi shoping raya. Bazar ramadhan dan pasaraya  pulak masa nilah buat sale..hehehe... termasuklah akupun sama daaa.. Tapi walau apapun jangan lupa , kita ada sesuatu untuk dikejar pada bulan ramadhan ni ... MENGEJAR LAILATULLQADAR... mudah-mudahan tahun ini kita semua memperolehinya.... Amin....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan