Isnin, 9 Ogos 2010
Cerita penting vs segera.
Assalamualaikum... Alhamdullilah... seminggu yang sangat sibuk telah dapat diselesaikan dengan jayanya.Semua yang dirancang, berjalan lancar. lapang dada sikit. Ok pada entry yang last skali tuu... Aku ada cakap nak cerita pasal keja last minit. Ok sebenarnya macam ni... pada pendapat akulah, kerja last minit nie memang tak digalakkan dan amat-amat merbahaya kalau tidak dilakukan dengan betul dan perancangan yang baik. Maklumlah last minit, terkocoh-kocoh hasil pun kekadang tu tak berkualiti. Tapi kalau nkorang nie jenis "Don't crack under presure" (betul ke ni... BI aku teruk sikit hehehe..) takde masalah. Kalau bukan jenis nie maslah besar mungkin melanda . Nkorang akan menghadapi stress dan tension yang teruk silap-silap boleh membawa kepada kemurungan tuuu kalu tak dihanddle dengan betul.(harap-harap tak lah sampai cam tuuu...)
Okay sekarang kita mula cerita tentang "penting vs segera", dalam BI "Urgent vs important". (Aku rasa ramai yang dah tau menda nie... ). Dalam menguruskan masa, sebenarnya kita boleh bahagikannya kepada dua bahagian iaitu segera dan penting. Cuba lihat diagram kat bawah nie... mesti boleh faham..
Dah tengok? Hah... jadi, apa yang kita kena buat lepas ni ialah menyusun tugas kita mengikut rangking... dulukan yang terdapat di tingkap 1( penting dan segera) kemudian tingkap 2 dan seterusnya... Setelah menyusun ikut rangking, yang penting ialah tindakan kita.Kalau asyik rangking jeee tapi takde tindakan, kerja tak siap-siap jugak hehehe... Selebih nya serahkan pada Allah... kerana tuhan yang menentukan, kita hanya merancang..... Hehehe. jadi lebih kurang inilah yang aku amalkan supaya kerja aku dapat siap on time dan dalam masa yang sama tak de lah stress atau tension sangat ( kalau nak tau lebih lagi googlekan jee pasal pengurusan masa). Tapi apa-apahal pun kena minta doa kat Tuhan supaya apa yang dirancang atau nak dibuat berjalan lancar seperti yang kita mahukan.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
haah aku ada wat jadual lebih kurang camnie gak
BalasPadamBetul lah touya...kata ada jadual dan strategi yg rapi.. senang skit nak buat keja.
BalasPadam