Kad kredit bermaksud ... kad hutang, bunyinya macam best, tapi sebenarnya sama je macam buku hutang atau buku 555 ( buku tiga lima).. even lagi teruk dari buku 555. Sebab apa kad kredit nie aku cakap teruk.. sebab masa guna memang best, sampai tak ingat dunia... tapi yang tak best bila nak bayar semula, mulalah berkira-kira ... pastu kalau lambat skit atau tak bayar penuh dah kena charge macam-macam...tu dah kira interest tuu... kira dah riba', berdosa tau!
Dulu... aku ada banyak kad kredit, asal datang je promoter aku sign up.. apalagi kalau yang bagi free gift.. tak pikir lama terus jee kebas... last-last sangkut.. takleh bayar habis ... nasib baik tak banyak... boleh settle gak lahhh... tapi dah kena interest. Masa tu tak tau lagi yang charge lewat bayar tuu ... sebenarnya ialah interest.. aku ingat kan denda lewat bayar... apa daa.. ( tuu lah tak nak baca form sampai habis). Sampailah satu hari aku dengar ceramah Dr Fadzilah Kamsah pasal riba' baru aku tau ... yang denda lewat tuu sebenarnya interest yg dikenakan pihak bank. Start dari hari tuu.. aku pun terminate kan semua kad kredit yang aku ada...Sampai lah skrang ni... aku takde satupun kredit kad. Takpelah kalau orang kata tak up to date.. asalkan hati aku happy takyah nak bayar hutang kad kredit kat bank setiap kali aku berbelanja.. secara tak langsung dapat mengawal sikap aku yang boros nie... hehehe...
Lagipun skrang nie autoteller kan banyak...sampai kat stesen minyak ngan kedai 24jam pun ada tau... apa nak sussah .. tak yah bawak duit bebanyak.. tinggal cocok jee kad bank tuu.. kalau ada duit boleh belanja ... kalau takdek, buat tak tau sudah... tak yah nak nambah-nambah hutang...
Kalau emergency cammana? Itu kita kena serah kat tuhan... malang tak berbau... kena doa bebanyak.. tapi yang penting kena ada simpanan untuk kes-kes emergency... lagi bagus kalau ada insurance atau medical card... sekurang-kurangnya dah lega sikit.... Hehehe... panjang lebar pulak... macamlah aku nie bagus sangat.. Okay... kalau nak guna kad kredit jugak cuba amalkan tips-tips kat bawah nie... manalah tau boleh membantu...
1) Jangan bayar bayaran minima sahaja. Ini akan menjebakkan anda kepada hutang berterusan.
2) Jangan bawa banyak kad kredit. Ini bakal menjebakkan anda dengan penyalahgunaan kad yang mengakibatkan belanja berlebihan.
3) Jangan lupa bayar sebelum tarikh akhir. Tak pasal-pasal kena penalti bank.
4) Jangan ambil pendahuluan tunai (cash advance). Anda akan dengan kadar keuntungan yang tinggi dan bayaran perkhidmatan.
Diolah dari Susan McCarthy, pengarang buku The Value of Money.
5) Ataupun guna jee kad Debit lagi senang... ada duit boleh guna takde duit duduk diam-diam...hehehe...(yang nie aku tambah sendiri...memandai-mandai jee )
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Baginda s.a.w. bersabda:
"Sesiapa yang menangguhkan hutang orang yang belum dapat membayarnya atau membebaskannya, pada hari kiamat kelak Allah s.w.t. akan menaunginya di bawah naungan Arasy, di mana pada hari tersebut tidak ada naungan kecuali naunganNya."
(Hadis riwayat Imam Tirmizi).
Jadi apa lagi?? Aku , nkau n sesapalah...pikirlah sendiri.. ..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan