Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua... sedar tak sedar sekarang ni, dah nak masuk 15 Syaaban, bermakna tak lama lagi kita akan menyambut Ramadan al mubarak. Teringat pulak masa sekolah dulu, ustaz ada cerita, selain bulan Ramadan bulan Syaaban pun banyak kelebihannya. Masa tu kecik lagi.. takde la kisah sangat ngan semua menda nie...tapi bila dah tua-tua gini, barulah terfikir... Rupanya banyak kelebihan bulan Syaaban nie ye... Nak tau ? cuba baca nie...artikel yang dipetik dari Al-azim .com ( nak tulis bab agama nie kena rujuk pada pakar)
Bulan Syaaban merupakan bulan kedua selepas Rejab yang penuh dengan keberkatan. Sebahagian ahli hikmah menyatakan bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, pada bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam cela dan pada bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa.
Di antara amalan-amalan yang digalakkan pada bulan Syaaban adalah:
Memperbanyakkan puasa sunat Sebagaimana yang telah dijelaskan terdahulu bahawa Rasulullah SAW. lebih gemar untuk berpuasa sunat dalam bulan Syaaban berbanding dengan bulan-bulan yang lain. Justeru itu adalah patut bagi kita selaku umat Baginda mencontohinya dalam memperbanyakkan puasa sunat bagi menyemarak dan mengagungkan bulan Syaaban ini.
Di dalam kitab Durratun Nasihin ada menyebut sebuah hadis yang menyatakan bahawa Rasulullah SAW. bersabda yang maksudnya: "Barangsiapa berpuasa tiga hari pada permulaan Syaaban dan tiga hari pada pertengahan Syaaban dan tiga hari pada akhir Syaaban, maka Allah Taala mencatat untuknya pahala seperti pahala tujuh puluh nabi dan seperti orang-orang yang beribadat kepada Allah Taala selama tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid."
Memperbanyak doa, zikir dan berselawat kepada Rasulullah S.A.W. Sabda Rasulullah S.A.W.: "Barangsiapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allah, taat kepada-Nya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah Taala mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu dari segala macam bencana dan penyakit." (Dipetik dari kitab Zubdatul Wa'izhin)
Bertaubat Diriwayatkan dari Umamah Al Bahili Radiallahuanhu, dia berkata: Rasulullah S.A.W. bersabda yang maksudnya: "Manakala masuk bulan Syaaban, sukacitalah dirimu dan perbaiki niatmu."
Fuuh... besar fadilatnya... rugi kalau tak buat. Tambah-tambah pulak kalau malam nisfu Syaaban. Rasulullah pernah bersabda :
Dari Abu Hurairah r.a : Nabi saw bersabda :
“Telah datang kepadaku Jibrail pada malam nisfu Syaaban dan dia berkata : “Ya Muhammad, pada malam ini pintu-pintu langit dan pintu-pintulah rahmat dibuka. Maka berdirilah dan kerjakan solat lalu angkatlah kedua tanganmu ke langit”. Kata saya : Hai Jibrail, apakah erti malam ini?” Dia menjawab : “Pada malam ini telah dibuka 300 pintu rahmat, maka Allah swt mengampuni orang-orang yang tidak mensyerikatkan Allah dengan sesuatupun, kecuali para ahli sihir, dukun, orang yang suka bermusuhan, peminum khamar, orang yang berbuat zina, pemakan riba, orang yang derhaka kepada kedua orang tua, orang yang suka mengadu domba dan orang yang memutuskan tali persaudaraan, maka sesungguhnya mereka itu tidak akan diampuni sehingga mereka bertaubat dan tidak mengulangi.” (Zubdathul Wa’izhin)
Woooyooo di bukak 300 pintu rahmat tuu... jangan memain, banyak tuuu... rugi kalau dibiarkan macam tuu ajee.. Jadi marilah kita bersama-sama melakukan yang terbaik di sepanjang Syaaban yang barokah ( ikut slang arab skit) ini. Ohyaa... jangan lupa ... puasa tahun lepas dah ganti ke belum... kalau belum, ada masa lagi nie... kalau dah masuk Ramadan nanti, tak pasal-pasal kena bayar fidiah lah pulak.
Cerita pasal fidiah ni ... Insyallah esok, kalau takdek apa-apa hal , aku cerita....skarang nie nak kena buat keja lain dulu.. esok ada meeting daa. okey ... Chaw cincaw... I followww...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan