Assalamualaikum W.B.K.T... alamak sorrylah pasal dua hari tak pose apa-apa. Heehe... semalam penat sangat... meeting, malam ngantuk tak sempat nak pose apa-apa. Hari nie pun sama gak ... pagi tadi tetiba je dapat call dari PPD ada Emersion... kena pergi, tengah hari ada meeting.. tapi tak sempat, sebab program emersion lambat habis...samapai skolah meetingpun dah habis.. (hehe tapi best gak). Oklah itu hari aku janji nak cerita pasal Fidyah dan ganti puasa... so camni cerita dia...
FIDYAH ni.. adalah merupakan bayaran denda yang dikenakan kepada individu Islam yang tak dapat menggantikan puasanya dibulan Ramadan pada suatu tahun, hinggalah tiba pada Ramadhan yang berikutnya. Senang cakap kira cam dendalah...
Hukum bayar fidyah nie WAJIB. Walaupun fidyah telah dibayar, tetapi bagi orang yang sengaja meninggalkan puasa tetap wajib menggantikan puasa mengikut bilangan hari yang telah ditinggalkannya. Jika bilangan hari tersebut telah melangkau tahun berikutnya, maka kadar fidyah bagi hari tersebut akan digandakan.
Kadar fidyah yang dikenakan pulak ialah 1 hari tinggal puasa, dendanya 1 cupak beras. 1 cupak beras lak bersamaan 1 mud iaitu bersamaan nilai zakat fitrah semasa dibahagi 4. Faham tak stakat nie?
Fidyah puasa diwajibkan kepada orang yang berikut:
1. Orang tua yang sudah tidak mampu berpuasa atau pesakit yang tidak mampu berpuasa serta penyakitnya tidak mungkin sembuh.
2. Orang yang hamil dan menyusukan anak dan berbuka puasa kerana takut sesuatu yang tidak elok berlaku kepada anaknya.
3. Orang yang wajib qada puasa dan sampai ke ramadan akan datang dia masih tidak menggantikannya. Fidyah akan berganda setiap tahun yang seterusnya jika masih tidak menggadakan puasa.
4. Orang yang sudah mati dan masih ada lagi puasa yang tidak diganti. wajib bayar fidyah dari harta peninggalannya (sebelum dibahagi2kan) sekiranya tidak ada waris yang hendak menggantikannya.
Bagaimana fidyah dikira :
jumlah puasa yang ditingalkan pada tahun berkenaan X jumlah gandaan tahun semasa X harga zakat fitrah tahun semasa X 1/4
rujuk gambar di bawah :
Emmmm.. jadi, sekarang dah jelas... woyooo.. kalau sesiapa yang tak ganti-ganti (qada') lagi sejak masa sekolah dulu.. kira jelah ... berganda-ganda... silap-silap kena buat loan bank rakyat nak bayar fidyah jeee... So, pada sesiapa yang masih belum qada' tu... cepat-cepatlah qada'... sementara Ramadhan tahun nie belum menjelma... kalau tak... berganda-gandaaa....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan